Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Senyum Itu Sedekah

Image Hosted by ImageShack.us
Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Roadshow Apa itu Syiah? Kearah Perpaduan Bukan Perpecahan
Rabu, 25 Juni 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم أما بعد

Oleh : Mohd Hushaimi Hussian

Alhamdulillah, Roadshow Diskusi Apa itu Syiah yang diadakan di Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) 23/06/2008 dua hari yang lepas mudah-mudahan menjadi pemangkin kepada kematangan pemikiran Mahasiswa/wi hari ini. Selaku manusia yang bergelar Mahasiswa/wi Islam, tindakan membuta-tuli dalam menghukum, menghentam dan menuduh sesuatu pihak tanpa penghujahan atau sumber yang sahih adalah suatu perkara yang tidak layak lagi ganjil. Dikesempatan ini, saya mengucapkan jazakumullahukhaira' kepada yang terlibat dalam menjayakan Roadshow ini terutamanya Pegawai & Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) dan (DPMT) yang sudi menjadi tuan rumah.

Setelah mengikuti roadshow tersebut, saya rasa terpanggil untuk mendalami secara lebih mendalam siapakah Syiah sebenarnya? Tidak memadai hanya mengikuti program tersebut, bahkan kita dituntut untuk lebih mendalami, mempelajari dan mengkaji lagi permasalahan ini secara terperinci supaya kita tidak terjerumus kedalam fahaman yang melampau. Alhamdulillah setelah megambil masa lebih kurang dua hari selepas roadshow tersebut, saya sempat membaca dan meneliti sedikit-sebayak tulisan ulama'-ulama' seperti Kitab

(الفرقوالجماعات والمذاهب الاسلامية), Kenapa Aku Meninggalkan dan beberapa kertas kerja, saya dapati beberapa penjelasan yang perlu saya ketengahkan, tetapi tidak memadai kerana ia memerlukan kepada pengkajian yang mendalam menerusi kitab-kitab induk ulama' mereka dan kita (Sunni) yang muktabar. Oleh itu, nukilan yang dhaif lagi lemah ini adalah pendirian peribadi saya dan kalau ada kesalahan tolong perbetulkan.

Permasalahan Syiah bukanlah suatu perkara baru untuk diperkatakan, malah ia adalah aliran yang telah wujud sejak beberapa abad yang lalu. Sebelum itu marilah kita mengenal siapa itu Syiah?. Syiah ialah mereka yang mengikuti Ali (a.s) secara khusus serta mengatakan pimpinan (Imamiah) dan khilafahnya secara nas dan wasiat, samada secara jelas atau tersirat. Mereka beri'tikad bahawa Imamiah itu tidak terkeluar dari nak-anaknya atau dengan taqiyah darinya, mereka mengatakan pimpinan itu bukan persoalan maslahat yang bergantung pada pilihan umum. Atau terlantiknya imam itu dengan lantikan mereka, bahkan ia adalah persoalan usul iaitu rukun agama. Rujukan ms/20(الفرق والجماعات والمذاهب الاسلامية)

Apa yang menarik untuk diketengahkan di sini ialah aliran Syiah mempunyai bermacam-macam puak yang berlainan pegangan serta fahaman mereka. Dasar taqiyah yang menjadi anutan serta amalan meraka seringkali mengaburi puak-puak bukan syiah yang rabun terhadap realiti Syiah. Aliran semacam inilah sukar diberikan hukuman secara total. Golongan Syiah ghulah (pelampau) memang sudah jelas terkeluar dari medan Islam. Tetapi golongan Imamiah (kelompok Syiah terbasar di Iran, Iraq dan lain-lain) masih menjadi tanda-tanda kebanyakan umat Islam. Ulama'-ulama' Sunni tidak mempunyai kata sepakat dalam menghukum golongan ini. Taqiyah yang menjadi amalan mereka menjadikan seolah-olah Syiah anutan, mereka berada di antara hakikat dan khayalan. Pendapat-pendapat ulama'-ulama' golongan ini juga sa;ling bercanggah diantara satu sama lain. Rujukan kertas kerja (Syiah...Siapakah Mereka dan Apakah Sikap Kita Terhadap Mereka) ms/3

Noktah yang sangat penting saya ingin kongsikan bersama ialah, Ulama'-ulama' Sunni tidak mempunyai kata sepakat dalam menghukum golongan Imamiah ini. Bila mana permasaalahan ini menjadi khilaf dikalangan ulama' maka semistinya tidak boleh kita menghukum secara total mereka sesat atau tidak?. Persoalannya bagaimana kita hendak menyelesaikan persengketaan ini?. Tidak lain tidak bukan Islam mengajar kita sikap bersedarhana dalam sesuatu perkara sebagaimana (خير الأمور أوسطها) , jadi disini tidak timbullah sikap bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, fitnah-menfitnah dan sebagainya.

Seterusnya kita memerlukan satu langkah yang terkehadapan dalam menyatukan umat ini daripada perpecahan dan perbalahan. Dalam proses untuk menyelesaikan masalah ini semistinya kita perlu meninggalkan perselisihan dan mengetengahkan sebanyak yang mungkin persamaan yang wujud di kalangan umat Islam ini. Jangan kita menjadi manusia yang suka mencari perselisihan atau kesalahan walaupun ianya bersifat kecil sehinggakan kita memperbesar-besarkannya, pada masa yang sama kita meninggalkan benda yang lebih utama, tapi mesti diingati jangan sampai dalam masalah aqidah. Tambahan pula, 95% mazhab Imamiah menyamai Ahli Sunnah Waljama'ah dan dikatakan juga 80% mazhab Syafie menyamai Imam Ja'far ash-Shadiq.

Siapakah Imam Ja'far ash-Shadiq?, beliau merupakan Imam ke-6 dalam tradisi Islam Syaih, Dia merupakan ahli ilmu agama dan ahli hukum Islam (feqah). Atutan-anutan yang dikeluarkannya menjadi dasar utama bagi mazhab Ja'fari atau dua belas Imam: dia dihormati dan menjadi guru bagi kalangan Sunni kerana riwayat yang menyatakan bahawa dia menjadi guru bagi Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) dan Malik bin Anas (pengasas Mazhab Maliki). Rujukan (Kenapa Aku Meninggalkan Syiah) ms/51.

PENYELESAIAN:- Pendekatan Sunni-Syi'e

Marilah kita imbas kembali, dunia Islam hari ini memerlukan kepada kesatuan yang jitu. Perpaduan ummah adalah perkara pokok selain aqidah untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan Islam terhadap musuh-musuh kita. Golongan minoriti atau majoriti Islam ditindas, dizalimi dan dijajah, tidakkah kita melihat apa yang berlaku di Afganistan, Iraq, Palestin, Bosnia dan tempat-tempat yang lain, kalau kita ini jenis manusia yang dapat melihat. Hari ini kita memerlukan kepada solidariti Negara-negara umat Islam untuk berhadapan dengan pakatan kuffar zionis dan salibiyyah. Umat Islam yang sedia berpecah-belah wajib disatukan kembali dan segala perselisihan diantara kita swajibnya ditolak ketepikan. Sikap berbaik sangka, saling bersefahaman dan berlaku jujur perlu ditanam di hati setiap manusia yang bergelarkan muslim. Lalu wujudlah usaha-usaha pendekatan di antara sunni-syi'e sebagai menyahut perpaduan ummah.

Usaha-usaha semacam ini bukanlah suatu perkara baru, tetapi ia telah pun cuba dilakukan oleh ulama'-ulama' silam. Tanyalah pada Syeikh Mustafa as-Suba'ie, Syeikh Muhibbuddin Al-Khatib dan lain-lain lagi. Bacalah catatan Allamah Syeikh Abdullah as-Suweidi al-Abbasi di Muktamar Najf 1156H. Tetapi tulisan Abdul Hussein Musavi dalam al-Murajaatnya. Berhasilkah pendekatan sy'ei-sunni yang dilaungkan itu?. Kemudian muncul pula Ayatollah Khomeimi mengulangi sruan yang sama kepada perpaduan ummah. "La Syi'e wala Sunni" pula menjadi suatu slogan yang popular kepada pencinta-pencinta semangat revolusi di serata dunia Islam pada ketika itu. Tetapi ternyata kemudian yang ianya hanyalah semata-mata taqiyah seorang penganut Imamiah tulen. Rujukan kertas kerja (Syiah...Siapakah Mereka dan Apakah Sikap Kita Terhadap Mereka) ms/4

Disini saya akan nyatakan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Imamul Akbar as-Syeikh Muhammad Syaltut Syeikhul Universiti al-Azhar dalam masalah harus kita beribadah dengan mazhab Syiah Imamiah sebagaimana berikut :

1- ان الاسلم لا يوجب على أحد من أتباعه اتباع مذهب معين بل نقول : ان لكل مسلم الحق فى أن يقلد بادىء ذى بدء أى مذهب من مذاهب المنقولة نقلا صحيحا والمدونة أحكلمها فى كتبها الخاصة ولمن قلد مذهبا من مذاهب أن ينتقل الى غيره – أى مذهب كان – ولا حرج عليه فى شيء من ذلك.

2- أن مذهب الجعفرية المعروف بمذهب الشيعة الامامية الاثنا عشرية مذهب يجوز التعبد به شرعا كمذهب أهل السنة.

مراجعة: (الفرق والجماعات والمذاهب الاسلامية) ص 94

Begitu juga yang terbaru ini adalah usaha yang telah dilakukan oleh Prof. Doktor Yusof al-Qardhowi dalam manyatukan umat ini daripada terus bermusuh-musuhan.

Pendekatan antara sunni dan syi'e secara teorinya insya' allah akan tercapai sekiranya ulama'-ulma' Syiah secara jujur (bukan bertaqiyah) mengakui kebenaran al-Quran, hadith-hadith dari ahli sunnah, menghentikan celaan terhadap sahabat nabi Muhammad s.a.w dan menganggap sunni sebagai saudaranya. Selagi Syiah berkeras dengan amalan taqiayah, celaan para sahabat r.a, menolak hadith-hadith dan meragui al-Quran, selagi itulah pendekatan sama sekali tidak akan tercapai. Tidak dinafikan juga di sana adanya gerakan reformasi sebahagian ulama' mutakhir mereka. Sebagai contohnya ialah Dr. Musa al-Musavi yang telah menyuarakan seruan reformasi dalaman Syiah dalam bukunya " Syiah dan Pembetulan". Kalau usaha ini tidak dilakukan sampai bila kita mampu melihat penderitaan dan perbalahan sesama kita, jangan jadikan kegagalan sedikit-sebanyak usaha ini, kita terus melengting ? kata itu la, kata ini la……….hai sungguh ku tak mengerti……..

Akhir sekali kita selaku Mahasiswa/wi Islam perlu ada pendirian yang jelas dalam masalah ini dan ianya menjadi satu kewajipan dalam memastikan Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Perlu diingatkan, jangan sampai kita terjebak dan ta'asub ke dalam fahaman Syiah yang melampau begitu juga tidak dinafikan ada juga Sunni yang melampau. Jadilah hamba Allah s.w.t yang bersaudara, tapi jangan sampai aqidah kita tergadai.

Akhir Sa'id

Rabu 25/06/08

11.14 tengah hari

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 10.36   0 comments
Mengingati kembali memori yang lalu
Sabtu, 21 Juni 2008
بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh: Mohd Hushaimi Hussian

Alhamdulilah malam ini dapat bersama dengan Doktor Abdullah As-Syazili (pendidik yang amat saya hormati dan sayangi) didalam majlis pengajian tafsir walaupun minggu lepas tidak dapat bersama, kerana beliau bermusafir ke kampong keluarganya. Satu kali tidak dapat bersama beliau kami rasakan berapa banyak mutiara ilmu tidak sampai ke tangan ini. Itulah apa yang saya dapat luahkan tentang majlis ilmu bersama beliau. Beliau juga merupakan seorang Doktor dalam jurusan akidah dan falsafah, Kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta.

Beliau merupakan salah seorang guru saya yang banyak mengajar dan mendidik serta memberi nasihat semenjak kaki ini menjejaki bumi Tanta. Pada masa itu saya baru menduduki tahun satu sesi 2004/05, malangnya kelas pengajian bersama beliaudi Masjid Uthaifah tidak dapat bertahan lama kerana tidak mendapat persetujuan dan campur tangan daripada Pihak Amnul Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) cawangan Garbiah dan kelas itu hanya bertahan setahun sahaja. Apa yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini dan masih teringat-ingat di benak fikiran saya mengenai isu golongan yang mendakwa diri mereka Salafi.

Biasala tahun pertama disini tidak dapat mengenal siapa itu Salafi, Sufi, Syi'ah dan banyak lagi, kerana saya kurang terdedah dengan isu-isu sebegini di tanah air dulu, jadi terkadang-kadang tersalah juga beli kitab-kitab Salafi. Bilamana begitu beberapa orang ustaz menegur dan menasihati supaya berhati-hati dalam membeli kitab ni, bukan ikut nak beli je….begitu juga dalam pergaulan, pada tahun tersebut saya banyak berkawan dengan kawan-kawan arab yang mendakwa diri mereka Salafi ini sehingga pada suatu ketika saya dapat bermalam beberpa hari dan beberapa kali berulang alik ke tempat itu serta sempat mengikuti beberapa pengajian dengan Syeikh-syeikh mereka. Persahabatan kami hampir setahun juga lamanya. Apa yang menarik ketika bersama mereka, sesampainya saya dirumah mereka, biasala mereka layan seperti tetamu dan mereka sangat mengambil berat tentang kita sehinggakan pakaian yang saya pakai hendaklah ditanggalkan…..dengan digantikan dengan pakian dia, lalu saya bertanya kenapa !!! katanya kamu saudara seislamku, saya terdiam seketika. Begitu juga apabila sampai waktu makan, ibu dan saudara perempuannya hanya memberi isyarat sahaja makanan dah siap, kami hanya makan sahaja, jangankan nak mengenali ibunya muka pun tak nampak kerana memakai niqab..(penutup muka yang diguna pakai oleh kebanyakan orang arab) Walaupun berulang kali ke rumah mereka, mereka juga amat menjaga adap mereka terutamanya dalam pergaulan, sehingga kini saya tak kenal ibu beliau tapi berbeza sekali dengan orang-orang arab lain yang mana semua ahli keluarganya hendak diperkenalkan kepada kita. Apa yang tersentuh hati saya , semua kos perjalanan pergi dan balik semuanya ditanggung beres. Satu ketika semasa perjalanan ke tempat pengajian, pemandu tramco(kenderaan sewa) agak open sikit memasang lagu rock, terus ditegur oleh dia dan dia mengeluarkan dari saku bajunya kaset dan diberikan kepada pemandu tersebut. Sebelum itu sempat dia nasihat sedikit-sebanyak dan pemandu itu terpaksa akur dan memasang kaset yang diberi tadi, apabila dipasang, kedengaran alunan ayat-ayat suci al-Quran dibaca……. Hai betapa tegas dan bagusnya dakwah mereka dalam perkara amal makruf nahi mungkar, bukan sahaja berani menegur tapi terus diberi alternatifnya, ini perkara yang kita boleh ikut, bukan asyik mengkritik, tetapi mana alternatifnya. Sayangnya ketegasan ini disalah gunakan dalam perkara cabang-cabang agama sehingga apa yang saya lakukan tak betul dan dibid'ahkan seperti doa dan wirid selepas solat, pakai pakaian labuh , solat di masjid ada maqam dan banyak lagi. Banyak lagi pangalaman saya bersama golongan Salafi ini, mungkin tidak dapat saya nukilkan disini. Mereka mendakwa mereka betul begitu juga golongan Sufi, mereka mendakwa mereka betul, yang pastinya selagimana mengucap dua kalimah syahadah dan tidak menyeleweng dari dua sumber yang utama al-Quran dan al-Sunnah kita menghukumnya betul.

Semenjak itu saya tertanya-tanya siapakah mereka ini, alhamdulillah Allah Taala mempertemukan saya dengan Doktor Abdullah As-Syazili ini dan sekali gus saya dapat mengutarakan persolan tersebut. Jawapan beliau begitu ringkas dan apa yang saya ingat , akidah mereka sama dengan akidah kita, bahkan akidah mereka lebih selamat, akan tetapi mereka terlampau tegas dan keras dalam sesuatu hukum walaupun ianya masalah cabang-cabang agama (artikel mengenai isu ini saudara boleh baca keluaran yang lepas).

Pengajaran kepada kita semua janganlah kita jadikan perselisihan ini satu perkara yang utama dalam dakwah kita sehingga melambatkan kerja-kerja yang lebih penting dan utama daripada itu seperti penjelasan masalah murtad, penegakkan Negara Islam, jihad dan sebagainya. Satu perkara lagi apa yang menjadi disiplin dalam proses pembelajaran janganlah kita belajar kerana ingin menolak, menghina, memperlekeh satu-satu pihak dan janganlah kita jadikan perselihan ini untuk kita memutuskan hubungan sesama Islam…

Setelah berlalunya dua tahun, alhamdulillah dengan berkat doa semua pihak dan hasil perbincangan beliau dengan Pihak Keselamatan Mesir, akhir sekali mendapat persetujuan dan pengajian dapat diteruskan seperti biasa.

Hari juma'at malam sabtu (07/03/2008) merupakan hari pertama dalam pengajian tafsir sesi ini, setelah dua tahun lamanya kami tidak bersama beliau. Setelah tamat pengajian pada malam tersebut sempat saya bersalam dan bertanya khabar, alhamdulillah beliau masih mengenali saya. Dalam perbualan ringkas itu sempat saya bertanya kepada beliau kenapa pengajian sebelum ini dibatalkan, jawapan beliau sebagaimana masalah diatas dan salah satu alasan beliau untuk mengajar semula di masjid tersebut kepada Pihak Keselamatan Mesir ialah untuk mengajar pelajar-pelajar Malaysia, begitu sekali kesungguhan dan usaha beliau, bukan setakat itu sahaja bahkan diiklankan di kuliah tertera untuk pelajar-pelajar Malaysia…….ini kerana berkat dan keakraban hubungan abang-abang lama dengan beliau seperti Ust Asri Mat Daud, Ust Husni Zaim Muhammadan, Ust Juzaili Juhon dan ramai lagi. Tapi sayangnya pelajar kita tidak menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaiknya.

Satu ketika semasa bersama beliau, beliau pernah bertanya kepada saya dimanakah perginya pelajar-pelajar Malaysia, sebab dalam kelas pengajian beliau tidak ramai yang hadir, saya jawab mungkin mereka tidak mengetahui, begitu juga dengan persatuan, kalaulah dulu beliau sentiasa dijemput ke program-program persatuan tapi akhir-akhir ini tidak, jadi saya jawab sekarang ini peraturan yang ditetapkan pihak Amnul Daulah agak ketat sikit, alhamdulillah beliau memahami keadaan yang berlaku, walaubagaimanapun kita masih bersama beliau dalam pengajian mingguan di Masjid Uthaifah (Medan Sa'ah/Tanta) setiap hari juma'at malam sabtu selepas magrib…tapi dimanakah kita menghilangkan diri.......

Insya'allah saya akan berusaha untuk menulis balik apa yang dipelajari dalam kelas pengajian beliau yang lepas dan akan datang dalam blog ini.Tapi bukan sekarang, insya'allah selepas imtihan 23/06 ini, dengan kesempatan ini jua saya memohon kepada saudara/ri yang menjenguk hasil nukilan saya ini "MEMBANGUN LAH KALIAN DENGAN ILMU-ILMU YANG MEMBAWA MANFAAT, INGATLAH…SETIAP HEMBUSAN NAFAS KALIAN AKAN DIPERSOALKAN KELAK"…. Doakan kejayaan kita bersama untuk Islam.

Akhir Said
Sabtu , 21/06/08
Pukul 8.48pagi.

Diedit gaya bahasa oleh :Mohd Aizat Mohd Zol
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 07.37   1 comments
Nadwah Furu' Khilafiah
Rabu, 18 Juni 2008
Oleh: Mohd Hushaimi Hussian

bismillahirahmanilrahim....

Alhamdulillah baru sahaja selesai mengikuti Nadwah Perbahasan Furu' Khilafiah. Nadwah ini diadakan di Dewan Muktamar Kuliah Perubatan Tanta sempena Sambutan Tahunan Memperigati Imam Mohd Zaki Ibrahim yang merupakan pengasas Jami'ah Al-Asyirah Al-Muhammadiah.

Program bermula dengan solat magrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan al-Quran. Program ini dipegerusikan oleh Doktor Sibahi dan ahli penal terdiri daripada Prof. Doktor Al-Qasobi Zallad (Mantan Tim. Ketua Universiti Al-Azhar), Prof. Doktor Judah Al-Mahdi(Tim. Ketua Universiti Al-Azhar), Prof. Doktor Al-Hadi A'sobi dan Penal Jemputan Prof. Doktor Abu Salim(Bahagian Usul Fiqh Tanta).


Ucapan pengerusi majlis menyentuh sedikit-sebanyak mengenai permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam hari ini perbalahan mengenai isu cabang-cabang agama. Isu ini seakan-akan menjadi permasalahan yang tidak selesai sampai hari ini. Apakah puncanya? Sebelum itu program dirasmikan oleh Doktor Mohammad Mahanna.

Perbahasan pertama dimulai oleh Prof. Doktor Al-Qosbi Zallad dan beliau menyentuh sedikit sebanyak mengenai kajadian manusia. Kata beliau, "manusia dijadikan oleh Allah s.a.w kemampuan akal yang berbeza-beza". Apa yang dapat kita ketahui ialah apabila kemampuan akal berbeza-beza, ia menunjukkan pandangan dan pendapat semistinya tidak sama, begitulah secara logiknya. Tambahan beliau, realitinya pada hari ini terdapat dua kelompok manusia yang terdiri daripada Mujtahid dan Muqallid. Disiplin Mujtahid ialah tidak boleh mengingkari Mujtahid lain pada sesuatu hukum sebagaimana dalam Qawa'id Fiqhiah "Sesuatu ijtihad tidak terbatal dengan ijtihad yang lain". Kalaulah seorang Mujtahid tidak boleh mengingkari Mujtahid yang lain, lebih-lebih lagilah sebagai seorang Muqallid yang tidak mampu berijtihad sendiri untuk mengeluarkan satu-satu hukum. Tapi apa yang berlaku hari ini, golongan inilah yang suka membid'ah, mentarjih, menjatuhkan dan memperlekehkan sesuatu pihak. Apakah kita tidak sedar siapakah diri kita? Kalaulah begitu, pengta'suban sesuatu mazhab itu tertolak. Contoh yang mudah apa yang diutarakan oleh beliau ialah ketika mana Imam Al-Syafie mengimami solat subuh di Masjid Imam Abu Hanifah, beliau tidak membaca doa qunut kerana meraikan makmun dibelakang beliau yang bermazhabkan Hanafi. Inilah contoh Imam Mujtahid yang berlapang dada dalam satu-satu pandangan walaupun berselisih pendapat. Tapi malangnya apa yang berlaku kepada kita hari ini, sanggup tidak bertegur sapa walaupun ianya masalah cabang dalam agama. Apa yang menarik lagi, beliau cuba menceritakan kisah seorang yang terlampau ta'sub sehingga mempersoalkan perkahwinan individu yang berseza mazhab seakan-akan tidak sah. Walhal Islam itu sendiri mengharuskan perkahwinan dengan Ahli Kitab, inikan pula hanya berbeza mazhab sahaja. Hai....apa dah jadi ni, aku tak faham sungguh dengan golongan ini.......akhir sekali beliau membawa contoh para sahabat juga berijtihat, akan tetapi mereka tidak ta'sub.

Forum diteruskan dengan penal yang seterusnya Prof. Doktor Judah Al-Mahdi yang mana beliau menyentuh sedikit sebayak mengenai pembahagian mazhab, kata beliau "bukan empat mazhab sahaja yang ada, bahkan mencecah sembilan belas mazhab, diantaranya ialah Mazhab Asyisah, Al-Sauri, hassan Basri, Al-Zohiriah dan banyak lagi. Tapi apa yang mashurnya ialah empat mazhab sahaja yang manjadi ikutan umat Islam hari ini dan bukannya menafikan yang lain. Beliau juga menyebut kata-kata Imam Al-Syafie " pandangan kami adalah betul, berkemungkinan salah dan pandangan mereka salah berkemungkinan betul", inilah tanda keterbukaan seorang Mujtahid.

Akhir sekali sesi pergulongan yang disampaikan oleh Prof. Doktor Abu Salim, kata beliau "sesiapa yang bersetuju dengan apa yang disampaikan, maka ikutilah dan sesiapa tidak bersetuju terpulanglah. Tapi apa yang pastinya ialah tasawwuf tanpa fihq adalah tidak betul.

Akir Said ,
19/06/2008
Pukul 2.43pg.

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 16.22   2 comments
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com