Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Nadwah Furu' Khilafiah
Rabu, 18 Juni 2008
Oleh: Mohd Hushaimi Hussian

bismillahirahmanilrahim....

Alhamdulillah baru sahaja selesai mengikuti Nadwah Perbahasan Furu' Khilafiah. Nadwah ini diadakan di Dewan Muktamar Kuliah Perubatan Tanta sempena Sambutan Tahunan Memperigati Imam Mohd Zaki Ibrahim yang merupakan pengasas Jami'ah Al-Asyirah Al-Muhammadiah.

Program bermula dengan solat magrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan al-Quran. Program ini dipegerusikan oleh Doktor Sibahi dan ahli penal terdiri daripada Prof. Doktor Al-Qasobi Zallad (Mantan Tim. Ketua Universiti Al-Azhar), Prof. Doktor Judah Al-Mahdi(Tim. Ketua Universiti Al-Azhar), Prof. Doktor Al-Hadi A'sobi dan Penal Jemputan Prof. Doktor Abu Salim(Bahagian Usul Fiqh Tanta).


Ucapan pengerusi majlis menyentuh sedikit-sebanyak mengenai permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam hari ini perbalahan mengenai isu cabang-cabang agama. Isu ini seakan-akan menjadi permasalahan yang tidak selesai sampai hari ini. Apakah puncanya? Sebelum itu program dirasmikan oleh Doktor Mohammad Mahanna.

Perbahasan pertama dimulai oleh Prof. Doktor Al-Qosbi Zallad dan beliau menyentuh sedikit sebanyak mengenai kajadian manusia. Kata beliau, "manusia dijadikan oleh Allah s.a.w kemampuan akal yang berbeza-beza". Apa yang dapat kita ketahui ialah apabila kemampuan akal berbeza-beza, ia menunjukkan pandangan dan pendapat semistinya tidak sama, begitulah secara logiknya. Tambahan beliau, realitinya pada hari ini terdapat dua kelompok manusia yang terdiri daripada Mujtahid dan Muqallid. Disiplin Mujtahid ialah tidak boleh mengingkari Mujtahid lain pada sesuatu hukum sebagaimana dalam Qawa'id Fiqhiah "Sesuatu ijtihad tidak terbatal dengan ijtihad yang lain". Kalaulah seorang Mujtahid tidak boleh mengingkari Mujtahid yang lain, lebih-lebih lagilah sebagai seorang Muqallid yang tidak mampu berijtihad sendiri untuk mengeluarkan satu-satu hukum. Tapi apa yang berlaku hari ini, golongan inilah yang suka membid'ah, mentarjih, menjatuhkan dan memperlekehkan sesuatu pihak. Apakah kita tidak sedar siapakah diri kita? Kalaulah begitu, pengta'suban sesuatu mazhab itu tertolak. Contoh yang mudah apa yang diutarakan oleh beliau ialah ketika mana Imam Al-Syafie mengimami solat subuh di Masjid Imam Abu Hanifah, beliau tidak membaca doa qunut kerana meraikan makmun dibelakang beliau yang bermazhabkan Hanafi. Inilah contoh Imam Mujtahid yang berlapang dada dalam satu-satu pandangan walaupun berselisih pendapat. Tapi malangnya apa yang berlaku kepada kita hari ini, sanggup tidak bertegur sapa walaupun ianya masalah cabang dalam agama. Apa yang menarik lagi, beliau cuba menceritakan kisah seorang yang terlampau ta'sub sehingga mempersoalkan perkahwinan individu yang berseza mazhab seakan-akan tidak sah. Walhal Islam itu sendiri mengharuskan perkahwinan dengan Ahli Kitab, inikan pula hanya berbeza mazhab sahaja. Hai....apa dah jadi ni, aku tak faham sungguh dengan golongan ini.......akhir sekali beliau membawa contoh para sahabat juga berijtihat, akan tetapi mereka tidak ta'sub.

Forum diteruskan dengan penal yang seterusnya Prof. Doktor Judah Al-Mahdi yang mana beliau menyentuh sedikit sebayak mengenai pembahagian mazhab, kata beliau "bukan empat mazhab sahaja yang ada, bahkan mencecah sembilan belas mazhab, diantaranya ialah Mazhab Asyisah, Al-Sauri, hassan Basri, Al-Zohiriah dan banyak lagi. Tapi apa yang mashurnya ialah empat mazhab sahaja yang manjadi ikutan umat Islam hari ini dan bukannya menafikan yang lain. Beliau juga menyebut kata-kata Imam Al-Syafie " pandangan kami adalah betul, berkemungkinan salah dan pandangan mereka salah berkemungkinan betul", inilah tanda keterbukaan seorang Mujtahid.

Akhir sekali sesi pergulongan yang disampaikan oleh Prof. Doktor Abu Salim, kata beliau "sesiapa yang bersetuju dengan apa yang disampaikan, maka ikutilah dan sesiapa tidak bersetuju terpulanglah. Tapi apa yang pastinya ialah tasawwuf tanpa fihq adalah tidak betul.

Akir Said ,
19/06/2008
Pukul 2.43pg.

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 16.22  
2 Comments:
  • At 19 Juni 2008 pukul 22.19, Blogger hood@sunny said…

    Salam ust, nk tya.. tasawwuf tanpa fihq (ayat last) tu maksudnya apa?

    Lg satu, nk mintak linkkan blog ust ni utk laporan nadwah bg simpanan ana yg x pegi nadwah aritu..syukran!

     
  • At 21 Juni 2008 pukul 09.10, Blogger Mohd Hushaimi Hussian said…

    waalaikisslam, oooo.. maksudnya pertama kita misti tahu apa itu tasawwuf, ia memberi maksud sekolompok manusia yang ingin membersihkan diri mereka daripada fatamorgana dunia dan menghampirkan diri kepada Allah s.a.w. Manakala fihq pula memberi maksud suatu ilmu untuk membingcangkan hukum-hakam melalui dalil yang terperingci atau dengan kata lain setiap pergerakan kita seharian ada kaitannya dengan hukum-hukum fihq yang tidak terlepas daripadanya. Jadi kedua-duanya saling perlu-memerlukan dalam kehidupan
    kita.
    oooo...nak link, boleh la...

     
Posting Komentar
<< Home
 
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com