Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Senyum Itu Sedekah

Image Hosted by ImageShack.us
Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Muhasabah: "Bila Ahli Menyembunyikan Diri"
Selasa, 16 September 2008
Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah panjatkan ksyukuran kepada Ilahi yang mengurniakan segala kelengkapan hidup di dunia in serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan sekalian mukmin.

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Tanta ke-16 dah selesai, kepimpinan baru dah mengambil alih takhta kepimpinan yang lepas, mudah-mudahan dengan peralihan tanggungjawap dan amanah itu mereka dapat melaksanakan dengan sempurna. Ya Allah.... bagilah dan kurnikanlah kemudahan, kelapangan dan tolonglah mereka untuk menghadapi amanah yang besar ini. Amin ya Rabb......

MAT Tanta kali ini amat menarik dan berjaya saya kira, dengan perbahasan usul dan persoalan yang bertubi-tubi cuba dilontarkan kepada barisan kepimpinan. MAT yang penuh dengan muhasabah dan cadangan daripada ahli ini saya kira sedikit sebanyak dapat membantu barisan kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta sesi 2008/2009 yang baru ini untuk meneruskan dan melaksanakan serta melengkapkan tanggungjawab mereka dengan lebih berhemah. Ini tidak dapat tidak dengan adanya ketumbukan yang besar, kerjasama dan sokongan daripada ahli-ahli yang bertanggungjawab kepada kepimpinan dan sayangkan kesatuan.

Muhasabah bersama yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat mahasiswa ialah, kanapakah kehadiran ahli-ahli PMRAM di cawangan Tanta ke MAT Tanta kali ini hanya mencecah 100 orang perwakilan sahaja walaupun tahun lepas hanya 93 orang. Sebagaimana yang kita tahu, bilangan ahli DPM Tanta yang masih ada di Tanta ini mencecah 200 orang, walaupun bilangan asalnya melebihi 400 orang, ini kerana kebanyakannya pulang bercuti, pergi ke Makkah dan sebagainya. Ok la...kalau begitu kemanakah perginya mereka semua ini, Cairo, Alex, Mansurah ataupun mereka ini wujud di bumi Tanta. Kalaulah mereka wujud di bumi Tanta apakah sebab mereka tidak dapat hadir ke MAT kali ini, sakit, demam, letih berpuasa, malas atau .........?

Inikah sikap mahasiswa Islam yang lantang bercakap, mengkritik dan bertindak sendiri bila saja kepimpinan ataupun pihak persatuan mengadakan mana-mana program yang tidak memuaskan hati, kehendak, dan manhaj mereka. Mereka sanggup mengasingkan diri dan mengadakan program diluar percatuaran persatuan. Berkumpul satu intiutusi, negeri, sekolah demi memuaskan kehendak hati mereka walaupun perkara tersebut memberi kesan yang kurang baik kepada umum. Kita tidak melarang mengadakan perkara tersebut, akan tetapi cubalah guna saluran yang betul, kan kita ada persatuan. Lagi pun satu, kita dah berada di bumi Mesir untuk mendalami ilmu agama dan yang pastinya kita sama-sama belajar di bawah bumbung Universiti Al-Azhar, apakah salahnya kalau kita berada di bawah satu persatuan yang belajar di Al-Azhar.

Apa yang pelik lagi, yuran MAT mereka sanggup bayar LE5.00, tapi tiba sahaja masa MAT mereka cuba menghilangkan diri, kemana mereka menghilang saya pun tidak tahu. Begitu juga bila pihak persatuan mengadakan program, mereka cuba mengelakkan dan cuba tidak mahu hadir. Inikah sikap kita selaku mahasiswa, masa MAT untuk muhasabah, menegur, memberi cadangan kepada persatuan kita tidak datang.......... dan terus kritik dari belakang. Inilah sikap tidak bertanggungjawapnya kita kepada persatuan.

Sebagai penutup marilah sama-sama kita merenung kata-kata dari Sayidina Umar RA yang bermaksud ;" Takkan ada Islam tanpa adanya jamaah, takkan adanya jamaah tanpa adanya pimpinan, takkan adanya pimpinan tanpa adanya ketaatan". Semoga berjaya dalam pentarbiyahan ramadhan kali ini.

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kepada semua ahli DPM Tanta sepanjang tiga sesi berturut-turut saya memegang tapuk kepimpinan, kalaulah ada disana kesalahan yang saya dan kami bagi pihak persatuan lakukan yang tidak memuaskan dan memenuhi kehendak dan keperluan sahabat mahasiswa selaku ahli. Itulah yang terbaik dapat kami tunaikan. Apa yang saya ingin nasihatkan kepada sahabat mahasiswa semua ialah, cari dan timbalah sebanyak munkin ilmu di perlemahan Nil ini untuk masa depan Islam.


Akhir Said
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 22.54   0 comments
Aurat sesama wanita (Muslim & Non Muslim) dari persektif Islam
Senin, 15 September 2008
Bismillahirahmanirrahim

Perempuan merupakan makhluk kejadiaan Ilahi yang amat unit, ia dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam A.S. Rupa bentuk yang rumit ini berhajat kepada penjagaan yang baik serta terurus supaya tidak terdedah kepada bahaya. Cara pengurusan dan penjagaan yang tepat serta bersesuaian dengan naluri perempuan, pastinya yang Maha Pencipta lebih mengetahui.

Aurat sesama wanita (Muslim & Non Muslim) dari persektif Islam

Pada dasarnya pandangan wanita kepada wanita, sama sahaja pandangan lelaki kepada lelaki, kerana adanya persamaan jenis dan kebiasaannya tidak membangkitkan syahwat. Kadang-kadang dalam keadaan terdesak, mereka (wanita) terpaksa mendedahkan aurat sesama mereka ketika tinggal serumah, satu bilik, "se-asrama" sebagai contoh. Kerana disana pastinya terdapat kerumitan dan kesukaran yang timbul kalaulah mereka dituntut untuk memeliharanya sampai begitu sekali. Dalam keadaan begitu, Islam telah menetapkan batasan dan garis panduan yang mana aurat mereka pada ketika itu ialah diantara pusat dan lutut. Manakala dibahagian yang selain dari itu boleh didedahkan dengan syarat tidak membangkitkan syahwat rakan(sewanita) yang tinggal serumah. Dan ia akan menjadi haram sekiranya boleh menimbulkan syahwat dan berlaku fitnah.

Dalam perbahasan yang ringkas ini saya akan kemukakan beberapa pandangan ulama' supaya menjadi panduan ringkas kepada kita semua insya' Allah.

Pertama:
Yang paling nyata disisi Jamhur Ulama' kecuali Hambali ialah, haram perempuan non Muslim (zimmi atau selainnya) yang bukan mahram melihat aurat perempuan Muslim kecuali muka dan dua telapak tangan sahaja. Dan diwajibkan kepadanya memakai hijab serta melabuhkan tudung dihadapan perempuan non Muslim sebagaimana lelaki. Ini berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 31.........dan jelaslah daripada Umar r.a telah melarang ahli-ahli kitab (perempuan) masuk ke dalam bilik mandi bersama perempuan-perempuan Islam. Boleh jadi dia akan menceritakan sifat-sifat atau rupa bentuk kepada orang kafir (lelaki). Rujuk kitab al-Fiqh al- Islami wa Adillatihi - karangan Prof. Doktor Wahbah al- Zuhaili ms/2656

Kedua ;
Harus bagi perempuan Islam menzohirkan atau mendedahkan perhiasannya kepada perempuan-perempuan non Muslim sebagaimana yang dibolehkan kepada perempuan Islam disisi mazhab Hambali. Rujuk kitab al-Fiqh al- Islami wa Adillatihi - karangan Prof. Doktor Wahbah al- Zuhaili ms/2656

Kesimpulannya, dengan apa yang berlaku hari ini dan suasana yang mendesak dengan percampuran lebih-lebih lagi mahasiswi-mahasiwi Islam yang tinggal serumah atau "se-asrama" bersama-sama siswi-siswi non Muslim saya lebih cenderung kepada pandangan yang kedua selagimana tidak menimbulkan fitnah. Ini juga menjadi satu peluang dan kesempatan untuk menyebarkan dakwah Islam dan menerapkan nilai-nilai Islam kepada mereka. Lagi pun Islam itu mudah dan bukannya untuk dipayah-payahkan dan juga bukan untuk dipermudah-mudahkan.



Wallahu 'alam
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 06.33   0 comments
Kesamaran "good luck" satu penjelasan
Kamis, 04 September 2008
Bismillahhirahmanirrahim

Di dalam kehangatan menunaikan ibadat puasa ini, saya rasa terpanggil dan teruja dengan isu yang disebarkan melalui ym . Yang pastinya, isu ini bukanlah suatu isu yang besar dan menjadi pokok perbicaraan utama bagi kita umat Islam terutamanya dalam bulan yang penuh dengan jani-janji Allah SWT yang mana pada 10 hari yang pertama dijanjikan dengan rahmah, pertengahannya keampunan dan 10 hari yang terakhir adalah kebebasan daripada api neraka.

Isu yang disebarkan ini ialah perbahasan mengenai perkataan "Good Luck" adakah menyebabkan syirik kepada Allah SWT ataupun tidak? kerana mempercayai "luck" itu adalah tuah. Saya juga turut terjerumus di dalam meyebarkan mesej ini, mohon maaf kepada yang menerimanya dan saya ucapkan jazakallahukhaira' jaza' kepada saudara Khairul Anuar Isnin(exco UPP DPMT) dan Khairul Naim Ismail (anak usrah) kerana sudi membuat kritikan membina kepada saya .

Mesej yang saya terima dengan sanad yang bersambung seperti berikut: syibli (9/3/2008 17:10:27): ijat tanta: daus penang: PEMBERITAHUAN!!! salah seorng guru bahasa inggeris sahabat ana menyatakn bhw penggunaan p'kataan "good luck" sebenarnya tidak b'sesuaian bg kita sbg umat islam.. hal ini kerana apabila kita menggunaknnya seolah2 kita m'mprcayai "luck" @ "tuah" dan bukannya kekuasaan serta qada' n qadar Allah!! astaghfirullah.. jadi guru kwn ana menyarnkn p'kataan "good luck" digantikn penggunaanya dgn "all the best" @ yg lebih afdhal "may Allah bless you".. oleh itu ana menyeru kpd semua sebar2knlah perkara ini..semoga kita dpt menghindarkn diri kita dan seluruh saudara semuslim kita dr melakukn p'buatan syirik..tanpa kita sedari na'uzubillahi min zalik.

Sekali pandang seolah-olah saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan itu, akan tetapi bila diperhatikan dengan lebih mendalam dan merujuk beberapa naskhah kamus, saya dapati .........perlu deperjelaskan......dan pada masa yang sama saya menghormati pandangan guru bahasa inggeris saudara sebagaimana yang didakwa.

Perkataan "good" bermakna bagus, baik, bersopan, elok dll. Manakala "luck" pula membawa makna nasib, "luckless" tidak bernasib, "lucky" beruntung @ bertuah.. Itu dari segi bahasa, sila rujuk Kamus Dwibahasa OXFORD ms/ 168 dan ms/238, Jika kita menggabungkan perkataan tersebut menjadi "good luck" maka difahami "semoga berjaya" bukannya nasib baik @ tuah bagus!!, Yang pastinya apabila diterjemah dengan makna semoga berjaya, ia tidak membawa kepada unsur-unsur syirik kepada Allah SWT, kerana ia lebih berbentuk doa. Begitu juga kita katakan "be brave", ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk menyatakan kepada orang yang dalam keadaan takut dengan perkataan "be brave", jangan takut, bukannya kamu jadi barani. Kalau kita terjemah satu-satu parkataan pastinya tidak sesuai.

Ok la....kalau kita masih hendak berkeras bahawa "good luck" itu adalah tuah baik@ nasib baik yang mencabar atau bercanggah dengan qada' dan qadar Allah SWT, perlu diingat dalam bahasa arab tuah adalah " sa'dun @ bukhtun" , jika kita hendak maksudkan "nasib atau tuah baik" dalam bahasa arabnya " husnun al-hazzy @ husnun al-bukhty", kalau "nasib atau tuah buruk" arabnya " suu'ul hazzy". Ok, kalau kita perhatikan dalam Kamus Al- Munjid ms/287 perkataan bermaksud tuah, kejayaan dan petunjuk. Sebagai contoh " husnun hazzy' man husnun hazzihy annahu najah" bermaksud " sesiapa yang bernasib baik @ bertuah, sesungguhnya dia telah berjaya" adakah ia menyalahi qada' dan qadar Allah SWT ??? pastinya tidak, kerana kita bukan mempercayai tuah.

Dikuatkan lagi hujah saya dengan merujuk perkataan "sa'dun" itu sendiri yang bermaksud tuah, mujur dan berkat. Rujuk Kamus Al-Tullab ms/575 dan jika dirujuk di dalam Kamus Al-Munjid ms/669 pula " su'ud" jamak kepada "sa'dun" bermaksud apa yang dicerita dengan benda-benda yang baik, apa yang membahagiakan: (haaza sa'dun) // (as-sa'dun) : "husnu al-hazzy" bernasib @ tuah baik, petunjuk // dikatakan dalam doa : ( sa'daika)( Labbaika wasa'daika) aku menyeru kepada engkau dengan membuat ia bahagia selepas membahagiakan atau aku menyeru kepada engkau dengan tuah engkau ( Nabi Muhammad SAW).

Kesimpulannya, perkataan " good luck" membawa maksud semoga berjaya dan kalau lah ada lagi yang mendakwa "good luck" itu tuah baik @ nasib baik ia tidak membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT selagi mana kita tidak menyakini dan beri'tikad dengannya tanpa ada pergantunggan dengan Ilahi. Kerana asal aqidah orang Islam adalah selamat, semoga dengan keterangan yang serba kekurangan ini dapat memberi sedikit maklumat kepada kita semua, dan jika ada kesalahan minta diperbetulkan.


PERINGATAN: Jangan perbesar-besarkan isu yang kecil.......semoga berjaya dalam universiti ramadhan ini....amin ya Rabb.

Akhir Said....
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 16.21   1 comments
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com