Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Senyum Itu Sedekah

Image Hosted by ImageShack.us
Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Pulau Batu Putih , Antara Maruah & Hak!!
Kamis, 22 Mei 2008
Penantian yang mendebarkan........



Marilah kita doakan supaya pulau ini menjadi milik kita...jangan bagi muka kepada musuh Islam. Kempen kepangkuan Islam......

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 09.34   0 comments
Tuntutan Kristian, perancangan jahat yang terancang…
Sabtu, 10 Mei 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله وسلم,

أما بعد

Saban hari kedegaran isu yang sensitif terhadap umat Islam menjelma lagi. Setelah perginya isu tuntutan (IFC), pemurtadan Lina Joy, kes Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan Siti Fatimah murtad dan banyak lagi serta yang terbaru kes penggunaan nama Allah di dalam akhbar Herald Tribune. Kes ini mengundang kontroversi apabila akhbar berorientasikan Kristian itu mahu menggunakan nama Allah dengan merujuk kepada Tuhan bagi agama Kristian.

Perancangan jahat yang terancang oleh pihak Kristian sudah terserlah setelah tuntutan demi tuntutan mereka kemukakan dan apa yang jelas kepada kita hari ini, mereka berjaya menterjemahkan Bible ke dalam versi bahasa Melayu dan sekarang ingin menggunakan nama Allah…etah esok atau lusa nama anak mereka pula nak tukar kepada nama islam.

Perkara sebegini tidak boleh dipandang remeh, persoalan yang ada di benak fikiran kita, kenapakah golongan ini bermati-matian mempertahan isu ini sedangkan " Keputusan kabinet pada 3 Januari lalu menegaskan bahawa hanya Islam berhak menggunakan nama Allah, namun akhbar itu mencabar keputusan tersebut dengan membawa isu berkenaan untuk dirujuk kepada Mahkamah Tinggi. HarakahDaily.Net . Kalaulah tidak ada udang di sebalik batu, manakah mungkin tindakan menggila daripada golongan jahat ini diperjuangkan dan diteruskan. Adakah penggunaan nama Allah ini bertujuan menyesatkan umat Islam secara terancang?

Walaupun sibuk dengan persediaan imtihan fasa dua ini, tapi rasa terpanggil untuk berkongsi pandangan dengan sahabat dalam menjawab isu ini. Semalam (juma'at) selepas pengajian tafsir dengan Doktor Abdullah As-Syazili (Bahagian Akidah dan Falsafah) Universti Al-Azhar Tanta, sempat ana utaran persoalan mengenai isu ini. Kata beliau isu ini bukan sahaja berlaku di malaysia, bahkan ia menjadi isu serantau. Tambahannya lagi, ini merupakan taktik licik pergerakan Kristianisasi dalam mengaburkan mata untuk memesongkan akidah umat Islam di Asia. Sebagai cadangan beliau mencadangkan supaya penghantaran lebih ramai pelajar yang melanjutkan pengajian di sini (Al-Azhar) serta menjadi kewajipan kepada mahasiswa hari ini untuk menjawab dan menangkis tuntutan yang tidak berasas itu. Secara jelasnya beliau menolak sekeras-kerasnya tuntutan tersebut, kerana lafaz Allah yang difahami umun adalah Allah yang esa bukannya Triniti (berkonsepkan tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul kudus).

Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli dalam suatu kenyataan akhbarnya. "Kami memberi syarat kepada akhbar Herald Tribune, jika mahu guna nama Allah dalam akhbar bahasa Melayu, maka gunalah dalam konteks 'Allah' yang sebenar, iaitu bukan Tuhan yang bernama Jesus, mempunyai anak dan Tuhan Yang Menebus Dosa. 'Allah' yang dimaksudkan mesti selari dengan kefahaman Tuhan Allah bagi umat Islam," katanya. HarakahDaily.Net

Sebagai penganut agama Islam, tidak sekali-kali bersekongkol dan redho dengan pihak yang cuba mencalarkan kesucian akidah Islam ini. Hentikanlah, kuburkanlah tuntutan dan taktik jahat kamu…hai!! Kafir laknatullah……

Untuk menjawab persoalan ini, kenapakah kita wajib menolak permohonan puak Kristian di dalam menggunakan nama Allah dengan merujuk kepada Tuhan bagi agama Kristian (Triniti) yang tidak cucuk dengan nama Allah yang esa sepertimana berikut:

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TRINITI?

Triniti dari segi bahasa bererti kumpulan tiga barang atau orang dan dalam ajaran Kristian bererti paduan Bapa, Anak dan Roh Kudus sebagai satu Tuhan.[1]

Athanasius, salah seorang paderi (bishop) yang meletakkan formula doktrin ini pernah menyebut, “...kami menyembah satu Tuhan dalam Triniti (paduan Bapa, Anak dan Roh Kudus), dan Triniti dalam Penyatuan (Unity)...terdapat individu yang dikenali sebagai Bapa, salah satu lagi ialah Anak dan salah satu lagi ialah Roh Kudus, semua ini adalah satu...mereka bukanlah tiga tuhan, tetapi satu tuhan...ketiga-tiga individu ini kekal abadi dan sama...maka orang yang ingin diselamatkan (samada diselamatkan oleh Jesus atau selamat di akhirat) hendaklah beriman dengan Triniti...” (dipetik dari Athanasian Creed atau Kefahaman Athanasian)[2]

Adakah anda faham petikan kata-kata di atas? Sekiranya anda faham, berkemungkinan anda adalah seorang yang gila kerana Athanasius sendiri mengakui semakin banyak dia menulis tentang Triniti, semakin sukar baginya untuk menerangkan konsep ini. Mari kita rungkaikan satu persatu apa yang cuba disampaikan oleh Athanasius dalam kata-kata tersebut.

Satu individu (Bapa) + Satu individu (Anak) + Satu Individu (Roh Kudus) = Satu individu (Tuhan)

Baik, kita permudahkan lagi supaya lebih jelas :

1 + 1 + 1 = 1

Matematik apakah yang digunakan oleh Athanasius? Bagi seorang yang waras akalnya pasti tidak dapat menerima konsep ini. Tetapi mengapa pula penganut Kristian dapat menerima konsep ini? Hakikat sebenarnya mereka juga tidak faham konsep Triniti ini namun penganut Kristian diajar supaya tidak membantah ajaran agaama mereka dan menerima apa sahaja yang diajar oleh agama mereka dengan keimanan yang kukuh. Malangnya ajaran Kristian ini adalah sesat dan terseleweng angkara pemimpin-pemimpin agama mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. Mereka dengan sewenang-wenangnya menyembunyikan ajaran sebenar agama mereka bahkan lebih teruk lagi mengubah isi kandungan kitab-kitab suci mereka.

Allah Taala berfirman :

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُواْ التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثلِ الحِمَار يحمل أَسْفَارَا بِئْسَ مَثَلُ القَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِئَايَاتِ اللهِ وَاللهُ لاَ يَهْدِى القَوْمَ الظَّالِمِينَ

Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya (tidak mengamalkan isinya dan tidak membenarkan kedatangan Muhammad s.a.w) adalah seperti keldai-keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(Surah Al-Jumuah : Ayat 5)*

*Azraai Zainuddin(Kuliah Usuluddin dan Dakwah,Jabatan Aqidah dan Falsafah,)Universiti Al-Azhar, Tanta. KONSEP TRINITI DALAM AGAMA KRISTIAN

Dalil-dalil membatalkan Aqidah ini:

a. Dalil-dalil aqal.

Aqal sama sekali tidak dapat menerima kata-kata bahawa wujudnya satu dalam tiga dan tiga dalam satu kerana jelas satu adalah pertentangan dengan tiga dan tiga itu juga bertentangan dengan satu.

b. Dalil-dalil Naqal.

Firman Allah:

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلا إِلَهٌ وَاحِدٌ

Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa.

Oleh itu aqidah triniti merupakan termasuk sangkaan-sangkaan kosong, kesesatan dan kebatilan. Mana mungkin masuk aqal bahawa wujud Tuhan ada tiga , iaitu juga mempunyai tiga oknum yang saling serupa diantara Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Qudus. Nabi Isa as adalah Tuhan juga Anak Tuhan dan dalam waktu yang sama ianya adalah manusia dan Tuhan.([3])

Dalam Al-Quran telah tetap hukum tentang isu triniti iaitu hukumnya kafir bagi yang menganut atau mempercayai kepercayaan tersebut.

Firman Allah:

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَابَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

Firman Allah:

مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ كَانَا يَأْكُلانِ الطَّعَامَ انظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمْ الآيَاتِ ثُمَّ انظُرْ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya: Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).

Daripada sini kita dapat melihat bagaimana Al-Quran membandingkan lafaz al-Masih atau Isa as dengan perkataan Ibnu Maryam untuk mengetuk telinga orang-orang Kristian bahawa anak Maryam bukannya anak Tuhan. Demikian juga di jelaskan bagaimana Nabi Isa as dan ibunya kedua-duanya memakan makanan, yang sudah pasti makanan dimakan apabila sampai ke perut itu akan bertukar menjadi darah, daging dan tulang manakala yang baki yang tidak diperlukan akan keluar daripada badan. Ini adalah bukti atau dalil yang menunjukkan bahawa Nabi Isa as adalah manusia biasa bukannya Tuhan atau Anak Tuhan sebagaimana dakwaan orang-orang Kristian.([4])

Sebagai menolak kepercayaan mereka ini dikatakan:

a. Sekiranya Nabi Isa as sebagai Tuhan sebagaimana sangkaan orang-orang Kristian, dimasa yang lain mereka mengatakan ianya di salib, diangkat ke langit, persoalannya bagaimanakah alam ini kekal tanpa Tuhan sewaktu berlakunya penyaliban, pembunuhan, di angkat ke langit??

b. Manakala dakwaan Kristian tentang penyaliban Nabi Isa as, di mana mereka mengatakan bahawa orang-orang Rom dan Yahudi sepakat tentang berlakunya penyaliban Nabi Isa as, ini sekaligus menafikan tentang ketuhanan Nabi Isa as seperti berikut:-

Pertama: Untuk menolak dakwaan bohong ini, dalam kitab Injil atau Bible berlaku pertentangan ayat di antara satu sama lain (Sesama Injil yang di gunakan oleh orang-orang Kristian)

Kedua: Sesungguhnya Al-Quran telah mendatangkan hujah yang benar-benar kukuh untuk membatalkan dakwaan mereka.*

*Jumain Abd. Ghani Universiti al-Azhar

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصبحه أجمعين

Akhir Said, Hari Ahad

11/05/2008, pukul 1.13 mlm



[1] Kamus Oxford Fajar Advanced Learner’s English-Malay. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Cetakan kedua 2001.

[2] Rencana Who Invented The Trinity? oleh Aisha Brown, terbitan laman web The Institute of Islamic Information and Education.

[3] Adyan fi al Quran. Hal:194

[4] Al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam. Oleh: Al-Marhum Dr. Abdul Halim Mahmud.

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 21.24   0 comments
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com