Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Mengingati kembali memori yang lalu
Sabtu, 21 Juni 2008
بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh: Mohd Hushaimi Hussian

Alhamdulilah malam ini dapat bersama dengan Doktor Abdullah As-Syazili (pendidik yang amat saya hormati dan sayangi) didalam majlis pengajian tafsir walaupun minggu lepas tidak dapat bersama, kerana beliau bermusafir ke kampong keluarganya. Satu kali tidak dapat bersama beliau kami rasakan berapa banyak mutiara ilmu tidak sampai ke tangan ini. Itulah apa yang saya dapat luahkan tentang majlis ilmu bersama beliau. Beliau juga merupakan seorang Doktor dalam jurusan akidah dan falsafah, Kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta.

Beliau merupakan salah seorang guru saya yang banyak mengajar dan mendidik serta memberi nasihat semenjak kaki ini menjejaki bumi Tanta. Pada masa itu saya baru menduduki tahun satu sesi 2004/05, malangnya kelas pengajian bersama beliaudi Masjid Uthaifah tidak dapat bertahan lama kerana tidak mendapat persetujuan dan campur tangan daripada Pihak Amnul Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) cawangan Garbiah dan kelas itu hanya bertahan setahun sahaja. Apa yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini dan masih teringat-ingat di benak fikiran saya mengenai isu golongan yang mendakwa diri mereka Salafi.

Biasala tahun pertama disini tidak dapat mengenal siapa itu Salafi, Sufi, Syi'ah dan banyak lagi, kerana saya kurang terdedah dengan isu-isu sebegini di tanah air dulu, jadi terkadang-kadang tersalah juga beli kitab-kitab Salafi. Bilamana begitu beberapa orang ustaz menegur dan menasihati supaya berhati-hati dalam membeli kitab ni, bukan ikut nak beli je….begitu juga dalam pergaulan, pada tahun tersebut saya banyak berkawan dengan kawan-kawan arab yang mendakwa diri mereka Salafi ini sehingga pada suatu ketika saya dapat bermalam beberpa hari dan beberapa kali berulang alik ke tempat itu serta sempat mengikuti beberapa pengajian dengan Syeikh-syeikh mereka. Persahabatan kami hampir setahun juga lamanya. Apa yang menarik ketika bersama mereka, sesampainya saya dirumah mereka, biasala mereka layan seperti tetamu dan mereka sangat mengambil berat tentang kita sehinggakan pakaian yang saya pakai hendaklah ditanggalkan…..dengan digantikan dengan pakian dia, lalu saya bertanya kenapa !!! katanya kamu saudara seislamku, saya terdiam seketika. Begitu juga apabila sampai waktu makan, ibu dan saudara perempuannya hanya memberi isyarat sahaja makanan dah siap, kami hanya makan sahaja, jangankan nak mengenali ibunya muka pun tak nampak kerana memakai niqab..(penutup muka yang diguna pakai oleh kebanyakan orang arab) Walaupun berulang kali ke rumah mereka, mereka juga amat menjaga adap mereka terutamanya dalam pergaulan, sehingga kini saya tak kenal ibu beliau tapi berbeza sekali dengan orang-orang arab lain yang mana semua ahli keluarganya hendak diperkenalkan kepada kita. Apa yang tersentuh hati saya , semua kos perjalanan pergi dan balik semuanya ditanggung beres. Satu ketika semasa perjalanan ke tempat pengajian, pemandu tramco(kenderaan sewa) agak open sikit memasang lagu rock, terus ditegur oleh dia dan dia mengeluarkan dari saku bajunya kaset dan diberikan kepada pemandu tersebut. Sebelum itu sempat dia nasihat sedikit-sebanyak dan pemandu itu terpaksa akur dan memasang kaset yang diberi tadi, apabila dipasang, kedengaran alunan ayat-ayat suci al-Quran dibaca……. Hai betapa tegas dan bagusnya dakwah mereka dalam perkara amal makruf nahi mungkar, bukan sahaja berani menegur tapi terus diberi alternatifnya, ini perkara yang kita boleh ikut, bukan asyik mengkritik, tetapi mana alternatifnya. Sayangnya ketegasan ini disalah gunakan dalam perkara cabang-cabang agama sehingga apa yang saya lakukan tak betul dan dibid'ahkan seperti doa dan wirid selepas solat, pakai pakaian labuh , solat di masjid ada maqam dan banyak lagi. Banyak lagi pangalaman saya bersama golongan Salafi ini, mungkin tidak dapat saya nukilkan disini. Mereka mendakwa mereka betul begitu juga golongan Sufi, mereka mendakwa mereka betul, yang pastinya selagimana mengucap dua kalimah syahadah dan tidak menyeleweng dari dua sumber yang utama al-Quran dan al-Sunnah kita menghukumnya betul.

Semenjak itu saya tertanya-tanya siapakah mereka ini, alhamdulillah Allah Taala mempertemukan saya dengan Doktor Abdullah As-Syazili ini dan sekali gus saya dapat mengutarakan persolan tersebut. Jawapan beliau begitu ringkas dan apa yang saya ingat , akidah mereka sama dengan akidah kita, bahkan akidah mereka lebih selamat, akan tetapi mereka terlampau tegas dan keras dalam sesuatu hukum walaupun ianya masalah cabang-cabang agama (artikel mengenai isu ini saudara boleh baca keluaran yang lepas).

Pengajaran kepada kita semua janganlah kita jadikan perselisihan ini satu perkara yang utama dalam dakwah kita sehingga melambatkan kerja-kerja yang lebih penting dan utama daripada itu seperti penjelasan masalah murtad, penegakkan Negara Islam, jihad dan sebagainya. Satu perkara lagi apa yang menjadi disiplin dalam proses pembelajaran janganlah kita belajar kerana ingin menolak, menghina, memperlekeh satu-satu pihak dan janganlah kita jadikan perselihan ini untuk kita memutuskan hubungan sesama Islam…

Setelah berlalunya dua tahun, alhamdulillah dengan berkat doa semua pihak dan hasil perbincangan beliau dengan Pihak Keselamatan Mesir, akhir sekali mendapat persetujuan dan pengajian dapat diteruskan seperti biasa.

Hari juma'at malam sabtu (07/03/2008) merupakan hari pertama dalam pengajian tafsir sesi ini, setelah dua tahun lamanya kami tidak bersama beliau. Setelah tamat pengajian pada malam tersebut sempat saya bersalam dan bertanya khabar, alhamdulillah beliau masih mengenali saya. Dalam perbualan ringkas itu sempat saya bertanya kepada beliau kenapa pengajian sebelum ini dibatalkan, jawapan beliau sebagaimana masalah diatas dan salah satu alasan beliau untuk mengajar semula di masjid tersebut kepada Pihak Keselamatan Mesir ialah untuk mengajar pelajar-pelajar Malaysia, begitu sekali kesungguhan dan usaha beliau, bukan setakat itu sahaja bahkan diiklankan di kuliah tertera untuk pelajar-pelajar Malaysia…….ini kerana berkat dan keakraban hubungan abang-abang lama dengan beliau seperti Ust Asri Mat Daud, Ust Husni Zaim Muhammadan, Ust Juzaili Juhon dan ramai lagi. Tapi sayangnya pelajar kita tidak menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaiknya.

Satu ketika semasa bersama beliau, beliau pernah bertanya kepada saya dimanakah perginya pelajar-pelajar Malaysia, sebab dalam kelas pengajian beliau tidak ramai yang hadir, saya jawab mungkin mereka tidak mengetahui, begitu juga dengan persatuan, kalaulah dulu beliau sentiasa dijemput ke program-program persatuan tapi akhir-akhir ini tidak, jadi saya jawab sekarang ini peraturan yang ditetapkan pihak Amnul Daulah agak ketat sikit, alhamdulillah beliau memahami keadaan yang berlaku, walaubagaimanapun kita masih bersama beliau dalam pengajian mingguan di Masjid Uthaifah (Medan Sa'ah/Tanta) setiap hari juma'at malam sabtu selepas magrib…tapi dimanakah kita menghilangkan diri.......

Insya'allah saya akan berusaha untuk menulis balik apa yang dipelajari dalam kelas pengajian beliau yang lepas dan akan datang dalam blog ini.Tapi bukan sekarang, insya'allah selepas imtihan 23/06 ini, dengan kesempatan ini jua saya memohon kepada saudara/ri yang menjenguk hasil nukilan saya ini "MEMBANGUN LAH KALIAN DENGAN ILMU-ILMU YANG MEMBAWA MANFAAT, INGATLAH…SETIAP HEMBUSAN NAFAS KALIAN AKAN DIPERSOALKAN KELAK"…. Doakan kejayaan kita bersama untuk Islam.

Akhir Said
Sabtu , 21/06/08
Pukul 8.48pagi.

Diedit gaya bahasa oleh :Mohd Aizat Mohd Zol
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 07.37  
1 Comments:
Posting Komentar
<< Home
 
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com