Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Senyum Itu Sedekah

Image Hosted by ImageShack.us
Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Selamat datang Ramadhan ....Kami sedia menanti
Sabtu, 30 Agustus 2008
Putaran hari silih berganti, minggu berganti minggu, terus menjangkau bulan dan begitulah seterusnya ketetapan Ilahi selagimana qiamat belum tiba. Kedatangan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan, kebaikan dan yang dikenal sebagai bulan bersabar, bulan taubah, rahmah, keampunan, bulan untuk memperbanyakkan doa serta dikenal sebagai bulan pembebasan daripada api neraka.


Oleh sebab itulah sudah menjadi kemistian dan kewajipan kepada umat Islam pada hari ini untuk membuat sebaik-baik persedian bagi menghadapi bulan yang penuh dengan 1001 makna ini dan merancang sebaik-baik perancangan bukan semata-mata dari aspek pemakanan, minuman untuk hidangan semasa berbuka, akan tetapi apa yang lebih penting daripada itu ialah persediaan keimanan, persediaan untuk berubah, persediaan untuk menjadi orang yang paling cemerlang serta mendapat keredhoan daripada Rabbuljalil.

Seringkali juga kita lihat pada hari ini, terdapat segelintir daripada kita yang mana menyambut kedatangan bulan ramadhan tidak ubah macam biasa. Kalaulah sebelum ramadhan ini mereka bergelumuran dengan dosa, maksiat dan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau boleh kita katakan kurang faedahnya kalaulah hendak dinisbahkan kepada kita selaku mahasiswa, seperti menonton cerita atau drama, bola, layari internet melebihi keperluan dan sebagainya. Ini sudah menjadi satu fonomena yang tidak sihat dan boleh membawa kapada kerugian yang teramat sangat sepanjang keberadaan kita dibulan ramadhan ini. Golongan mereka ini lah, walaupun datang dan keluarnya daripada pentarbiyahan madrasah ramadhan tidak ubah macam biasa dan terus............ minta dijauhi...

Aku teringat pesanan Doktor kesayanganku semasa pengajian terakhir sebelum kedatangan ramadhan beberapa hari yang lepas iaitu Prof. Dr. Abdullah As-Syazily katanya "hidupkanlah siang hari di bulan ramadhan ini dengan membaca Al-Quran, dan malam harinya dengan qiamullail serta jagakanlah pandangan mata kamu, hati serta kalau tidak silap aku yang akhir sekali ialah masa kamu yang mana disebut secara berulang-ulang kali". Nasihat ini khasnya untuk diriku dan amnya kepada mahasiswa malaysia.

Sempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini, aku ucapkan selamat berpuasa dan pasakkan keimanan kita serta gunakanlah madrasah ramadhan ini untuk sama-sama kita membaiki kelemahan kita dan jangan lupa carilah ilmu sebanyak yang mungkin untuk Islam.

Salam ramadhan al-Mbarak for All

Akhir Said, Tanta
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 18.22   0 comments
Pesanan Syeikh Kepada Muridnya
Minggu, 17 Agustus 2008
Bismillahirahmanirrahim...

Segala puji hanya layak kepada Allah SWT yang mentadbir alam ini baik yang berada di langit, bumi mahupun yang tidak diketahui oleh makhluk, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan sakalian muslimin.

Apa yang aku ingin perkatan ini merupakan pesanan Guru kesanyanganku Prof. Dr. Abdullah Al-Syazili di dalam satu majlis bersama beliau baru-baru ini, dan pesanan ini aku telah sampaikan kepada kawan-kawan sepengajian dan aku rasa ada baiknya untuk sebaran dan tantapan umum dengan menggunakan gaya bahasa dan sedikit tambahan dari aku sendiri.

Ketahuilah hai pemuda-pemudi semua,kamu merupakan duta kecil kerajaan kamu, umat Islam, masyarakat kampung dan ahli keluarga kamu semua. Ini merupakan amanah yang wajib kamu laksanakan dan perlu dipikul bersama. Tiga perkara yang perlu kamu laksanakan dan tunaikan sepanjang keberadaan kalian di bumi Mesir ini, pertama: pastikan kita menjadi orang yang berilmu, kedua: pastikan kita menjadi orang yang dapat beramal dengan ilmu dan yang ketiga: pastikan kita menjadi tentera kepada agama Allah SWT.Insya' allah aku akan kupaskannya sebagaimana berikut.

Sudah menjadi fardhu 'ain keatas pemuda-pemudi dulu dan kini untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan, kerana tidak ada alasan bagi seorang pun dari kaum Muslimin untuk mengabaikannya sama sekali. Terutamanya bidang pengkhususan masing-masing, pastinya satu perkara yang janggal bila mana kita tidak dapat menguasai dan faqih dalam perkara tersebut. Satu perbandingan yang mudah, seorang yang tidak mempunyai harta untuk dikeluarkan zakat(tidak cukup nisob) maka tidak wajib untuknya mengetahui hukum-hukum zakat, begitu juga dengan mengetahui rukun-rukun haji dan syarat-syaratnya bagi mereka yang tidak mampu untuk menunaikannya. Sebaliknya mengetahui tentang wajibnya zakat dan haji, maka hukumnya adalah wajib. Persoalannya sekarang ialah, kita merupakan orang yang diamanahkan untuk menguasai dan mendalami ilmu ini. Pastinya ia menjadi kefarduan dan kewajipan keatas diri kita.

Point yang kedua, peringkat untuk beramal dengan apa yang dipelajari adalah satu tuntutan. Kita tidak mahu menjadi orang yang siang dan malamnya dengan majlis ilmu,kesana dan kesini untuk mencari ilmu, tapi sayangnya akhlak mereka bagaikan manusia yang hilang pedoman hidup yang tidak ada bezanya dengan si jahil. Pun begitu tugas menuntut ilmu adalah wajib dan satu perkara yang penting sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAw yang bermaksud: Siapa yang bertambah ilmunya, tetapi tiada bertambah petunjuknya, maka ia tiada bertambah melainkan jauh daripada Allah SWT" minta dijauhkan dari sifat tersebut.

Pesanan yang sterusnya, apabila kita melepasi kedua-dua peringkat tersebut semistinya kita adalah tentera yang menjadi kewajipan untuk menyebar, menyampai dan menjelaskan kepada msyarakat tentang islam ini. Berapa ramai kaum china, india dan beberapa kaum yang lain telah memeluk Islam hasil daripada gerak kerja dan hasil ketumbokan tentera yang lahir daripada bumi Mesir ini? apakah kerja yang telah kita lakukan untuk mereka? mendekatkan mereka dengan Islam ataupun manakutkan mereka dari memahami Islam?

Kesimpulanya sebagaimana yang disebut oleh Imam Habib Abdullah Haddad " perumpamaan seorang jahil yang cuai dalam meuntut ilmu(wajib) laksana seorang hamba yang dikirim surat oleh tuannya yang memerintahkannya melakukan beberapa perkara dan melarang beberapa perkara. Malangnya sang hamba itu tidak melihat isi surat tersebut, kerana tidak mengerti apa yang terkandung di dalamnya, padahal ia boleh mempelajarinya dan bertanya kepada orang lain. Demikian pulalah dengan perumpamaan seorang alim yang tiada beramal dengan ilmunya, laksana seorang hamba yang melihat isi surat tuannya serta mengetahui apa yang terkandung di dalam surat itu, akan tetapi ia enggang mematuhi segala suruhan yang terkandung di dalamnya serta menjauhi segala larangannya.

akhir Said
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 20.50   0 comments
Sembahyang di dalam Gereja
Jumat, 08 Agustus 2008
Fatwa & Hukum Hakam : Solat

Pendirian al-Qardhowi 29/07/2008

Prof. Doktor Yusor al-Qardhowi telah ditemui oleh salah seorang pembaca yang telah mengemukakan persoalan berikut: Adakah dibolehkan bagi seorang muslim sembahyang di dalam gereja sekiranya tidak ada tempat lain, sebagaimana yang berlaku di negara-negara Eropah sebagai contoh.....Afidona?

Respon al-Qardhowi kepada penyoal seperti berikut: Segala puji layak hanya bagi Allah SAW, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan ahli keluarganya, para sahabat serta pengikut-pengikutnya sehinggalah hari pembalasan, dan amma ba'.

Telah datang daripada Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis yang bermaksud: Aku telah diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelum ini. Dan disebut lima perkara tersebut- Maka Nabi bersabda: Dijadikan kepada ku bumi ini sebagai masjid dan tempat yang bersih. Maka mana-mana lelaki diantara umat ku yang hendak melakukan solat (di atas mana-mana bumi) maka lakukannya. [ dalam Sohihaini- Bukhari & Muslim- daripada hadis Jabir]

Oleh sebab itu, dikira semua permukaan bumi ini sebagai masjid bagi orang Islam, tempat untuk sujud dan sembahyang, yang mana diharuskan mendirikan solat padanya. Walaupun lebih utama kita mendirikan sembahyang di tempat-tempat tersebut, dibimbangi adanya syubhah. Akan tetapi sekiranya tiada tempat lain kecuali gereja sahaja, maka boleh didirikan solat padanya kerana setiap bumi ini milik Allah SAW dan setiap permukaan bumi dikira masjid bagi orang Islam.

Dan hampir-hampir Saidina Umar RA mendirikan solat di dalam gereja (al-Qiyamah) ketika mana seorang berkata kepada beliau : sembahyang lah, lantas Umar menjawab: tidak, tidak akan aku lakukan solat disini sehingga tidak datang orang-orang Islam selepas pada aku dan mereka berkata: disini lah Umar telah mendirikan solat dan menjadikan (gereja) sebagai masjid untuk orang-orang Islam. Maka dijadikan penghalang baginya (Umar) kerana dibimbangi perkara tersebut sahaja, tidak kerana semata-mata gereja itu.

Allah SAw lebih mengetahui.

pukul 4.06 mlm
akhir said
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 18.05   0 comments
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com