Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Senyum Itu Sedekah

Image Hosted by ImageShack.us
Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Fatwa umum: Mandi setelah memeluk Islam
Jumat, 18 Juli 2008
فتاوى عامة الغسل بعد الإسلام

Pendirian al-Qardhowi 08/07/2008

Prof. Doktor Yusor al-Qardhowi telah ditemui oleh salah seorang pembaca yang telah mengemukakan persolan berikut:{ فضيلة الشيخ : السلام عليكم ورحمة الله وبركاته } Adakah diwajibkan mandi kepada orang bukan Islam setelah memeluk Agama Islam? dan mudah-mudahan Allah SWT membalasi jasa baik tuan.


Respon al-Qardhowi kepada penyoal seperti berikut:: الحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، ومن اتبعه إلى يوم الدين، وبعد Perselisihan ulama' dalam menentukan adakah diwajibkan mandi kepada orang bukan Islam setelah memeluk Agama Islam ataupun tidak. Setengah daripada mereka menyatakan adalah diwajibkan mandi berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dalam peristiwa pemelukan Thamamah bin Asal kedalam Agama Islam. Sabda Rasulullah s.a.w kepada mereka" Pergilah kamu bersama Thamamah ke kebun bani si fulan, maka hendaklah kamu menyuruh dia mandi" dikeluarkan oleh Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Khuzaimah. Akan tetapi ulama' melemahkan status hadis tesebut dan yang telah tetap di dalam hadis sohih mengenai berita Thamamah bahawa beliau ketika mana dia menceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w, beliau (Thamamah) telah pergi ke tempat yang berhampiran dengan masjid, kemudiannya beliau mandi dan masuk ke dalam masjid. Maka beliau pun mengucapkan " أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله" sebagaimana mereka menggunakan hadis Qais Bin 'Asim sebagai dalil mereka, beliau (Qais) berkata : "Aku ingin memeluk Islam, lalu baginda menyuruhku untuk mandi dengan air dan sadar (سدر )

Al-Khitobi berkata (menyatakan pendapatnya): "Perkara ini di sisi kebanyakan ahli ilmu adalah sunat, bukanlah menjadi perkara yang diwajibkan. Al-Syafie pula berkata: "Jikalau seseorang yang kafir memeluk Islam, aku lebih suka jikalau dia mandi, maka jika dia tidak melakukan (tidak mandi) maka tidak dikira berjunub, dia tetap diberikan pahala apabila dia berwudhu' dan solat.

Disisi Ahmad bin Hanbal dan Abu Thaur mereka mewajibkan mandi keatas orang kafir apabila memeluk Islam. Pandangan mereka berdasarkan zohir hadis tersebut. Kata mereka, dan tidak akan terlepas bagi orang-orang kafir ketika mana mereka dalam kekufuran daripada melakukan persetubuhan dan bermimpi, pastinya dia tidak akan mandi junud (wajib) walaupun sekali dia mandi, ia tidak dikira sah. Kerana mandi daripada berjunud (berhadas besar) merupakan fardu daripada kefarduan-kefarduan agama. Ia tidak akan diberi ganjaran kecuali setelah beriman seperti melakukan solat, zakat dan seumpamanya.

Pandangan Imam Malik dalam masalah ini, diwajibkan kepada orang kafir mandi apabila memeluk Islam. Dan berkata Abu Bakr daripada mazhab Hanbali, sunat sahaja mandi dan tidak menjadi wajib, kecuali didapati ia telah berjunud (berhadas besar) ketika sebelum beriman, sekiranya begitu maka diwajibkan mandi keatasnya setelah memeluk Islam walaupun ia telah mandi sebelum ini (memeluk Islam), sama sahaja dengan pandangan al-Syafie'i.

Berkata Abu Hanifah, tidak diwajibkan mandi keatas saudara baru setelah memeluk Islam dalam konteks hari ini, kerana angka bilangan yang besar dan terlalu ramai mereka yang memeluk Islam pada masa kenabian Rasulullah s.a.w. Sekiranya perintah diwajibkan mandi kepada saudara baru setelah memeluk Islam, amat sedikit sekali diceritakan kisah tersebut secara mutawatir dan jelas. Ini boleh dibuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w setelah mengutuskan Mu'az ke Yaman, tidak menyebut pasal mandi itu, sekiranya ia menjadi wajib pastinya Nabi memerintahkan mereka melakukan demikian, kerana ia merupaka perkara pertama dalam Islam.

Dan aku (al-Qardhowi) lebih cenderung kepada pandangan yang menyatakan sunat dan bukannya wajib. Kerana pandangan ini lebih hampir kepada tabiat atau dasar Islam untuk memudahkan bagi sesiapa yang cenderung kepada Islam, tanpa disyaratkan mengikut upacara keagamaan seperti agama Kristian yang mensyaratkan upacara permandian pada orang kristian (التعميد ) dan seumpamanya. Dan aku (al-Qardhowi) mentarjihkan pandangan Abi Hanifah sekiranya ia telah berjunud semasa dalam kekafirannya, maka ia tidak dituntut untuk mandi kecuali perkara tersebut diwajibkan setelah ia memeluk Islam. قال تعالى: (قل للذين كفروا إن ينتهوا يغفر لهم ما قد سلف) الأنفال . Dan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Islam menghapuskan apa yang sebelumnya" رواه مسلم عن عمرو بن العاص.

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 09.55   0 comments
Aqiqah Bahagian 11
Senin, 14 Juli 2008

Takrif Aqiqah

Al-aqiqah dari sudut bahasa berasal dari perkataan al-a'qqi{ العق } iaitu potong. Asalnya ia digunakan dengan makna rambut yang berada di atas kepala bayi sewaktu dilahirkan.Dinamakan demikian kerana ia dicukur dan dipotong.[2] الفقه المنهجى/1/ ms/487

Al-aqiqah dari segi syarak bererti haiwan yang disembelih untuk bayi sewaktu mencukur rambutnya. Sembelihan ini diberi nama demikian kerana ia disembelih dan dipotong sewaktu rambut dicukur. Disunatkan menamakan a'qiqah dengan nama nasikah (ibadat) atau zabihah (sembelihan). [3] الفقه المنهجى/1/ ms/487

Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud (2842):

Rasulullah ditanyakan tentang aqiqah, sabda baginda s.a.w "Allah tidak sukakan al-'uquq (putus silaturrahim-derhaka )"seolah-olah baginda tidak sukakan sembelihan itu dinamakan sebagai aqiqah. Sabda baginda Rasulullah s.a.w. :{ من ولد له ولد , فأحب أن ينسك عنه فلينسك}"Barangsiapa yang dikurniakan anak lalu dia suka untuk melakukan ibadat kerananya maka lakukanlah ibadat itu". [4] الفقه المنهجى/1/ ms/487

Hukum Aqiqah

Disisi Imam Syafie'i r.a, aqiqah hukumnya adalah sunat bagi siapa yang bertanggungjawab menjaga atau memeberi nafkah kepada bayi itu.[5] الفقه الاسلامى وأدلته /4/ ms/2746

Dalil sunatnya ialah perbuatan Nabi s.a.w. melakukan aqiqah , begitu juga para sahabat r.a sebagaimana hadis Nabi Muhamad s.a.w {الغلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم السابع ويحلق رأ سه ويسمى}-حسن صحيح "Bayi itu tergadai dengan aqiqah, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepala dan diberi nama"[1 ] مغنى المحتاج/6/ ms/143

Maksud ditebus oleh aqiqahnya sebagaimana dikatakan (قيل ) ialah tidaklah pembesarannya dalam keadaan baik sehinggalah ditebus (disembelih haiwan untuknya). Al-Khitobi berkata: dan yang terbaik yang dikatakan sebagaimana pandangan Imam Ahmad bin Hambal r.a dalam masalah ini, sesungguhnya bayi yang tidak ditebus (disembelih haiwan untuknya) tidak dapat memberi syafaat untuk kedua ibu bapanya pada hari pembalasan. "[2 ] مغنى المحتاج/6/ ms/143

Ulama tidak menyatakan aqiqah itu wajib kerana ia merupakan penumpahan darah tanpa sebab kesalahan ,juga bukan kerana nazar, maka ia tidak wajib sebagaimana korban Dalil yang menunjukkan ia tidak wajib sebagaimana Hadis Riwayat Abu Daud yang diyatakan sebelum ini. ). [3] الفقه المنهجى/1/ ms/488

Tidak dibolehkan mengaqiqah bayi dengan menggunakan hartanya (bayi), walaupun sekali penjaga atau orang yang bertanggungjawab dalam memberi nafkah itu tidak mampu untuk melakukannya. Sekiranya penjaga tersebut mepunyai kemampuan untuk melakukannya pada hari ketujuh, maka disunatkan baginya melakukan aqiqah tersebut.[4] روضة الطالبين /2/ ms/499. Kerana aqiqah merupakan (تبرع) menderma dan pastinya tidak dibolehkan kepada penjaga menggunakan harta bayi tersebut. Sekiranya penjaga menggunakan juga harta bayi tersebut, maka dikehendaki membayar balik sebagaimana dinaqalkan dalam kitab (عن الاصحاب المجموع). [5 ] مغنى المحتاج/6/ ms/144.

Berkata Imam al-Azro'ie : Dinyatakan kepada mereka, sunat melakukan aqiqah bagi sesiapa yang bertanggungjawab memberikan nafkah kepada bayi itu. Dengan itu dapat difahami, bahawa aqiqah sunat dilakukan oleh ibu yang melahirkan anak zina itu sendiri, dan pada masa yang sama dapat mengurangkan keaibannya. Nota kaki .[6] روضة الطالبين /2/ ms/498.

Waktu Aqiqah

Bermula waktu diharuskan aqiqah apabila lahirnya bayi dari perut ibunya dan jika bayi masih di dalam perut ibunya atau belum sempurna keluarnya bayi tersebut maka ia tidak dinamakan aqiqah, bahkan hanya dinamakan sebagai daging biasa sahaja dan tidak mendapat sunat aqiqah. [7] الفقه المنهجى/1/ ms/488

Waktu sunat aqiqah berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya bahkan sunat kepadanya untuk melakukannya sendiri.

Diceritakan daripada Nabi Muhammad s.a.w (أنه عق عن نفسه بعد النبوة ) bahawa baginda s.a.w telah melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri selepas kenabiannya.[8] روضة الطالبين /2/ ms/498. Tetapi disebut di dalam kitab ( المجموع باطل ) tidak betul.

Walaupun demikian, waktu sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh kelahiran bayi.

Sebagaimana hadis riwayat Abu Daud daripada Samrah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda

"Bayi itu ditebus (tergantung )oleh aqiqahnya , disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya".

Walaupun begitu, ( الشافعية والحنابلة ) menjelaskan: sekiranya dilakukan juga aqiqah tersebut sebelum atau selepas hari ketujuh tetap dikira. .[1] الفقه الاسلامى وأدلته /4/ ms/2748.

Hikmat Disyariatkan

Pensyariatan aqiqah mempunyai rahsia yang mendalam dan faedah yang banyak seperti berikut:
1.Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Allah azza wajalla yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Maka aqiqah dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t

2. Dapat merapatkan lagi ikatan persaudaraan diantara ahli keluarga, jiran, sahabat karib dan sesama Islam yang hadir pada majlis tersebut.

Binatang yang disembelih untuk anak lelaki dan anak perempuan [2] الفقه المنهجى/1/ ms/489

Sunnah telah menetapkan seekor kambing bagi aqiqah lelaki dan juga seekor kambing bagi aqiqah perempuan.

Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Ali r.a katanya

Rasulullah s.a.w. telah mengaqiqahkan Hassan dengan seekor kambing"

Tetapi yang lebih afdhalnya ialah dengan menyembelih dua ekor kambing untuk aqiqah lelaki dan seekor kambing untuk aqiqah perempuan.

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan selainnya daripada Aisyah r.a.:
Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing yang sepadan dan mengaqiqahkan anak perempuan dengan seekor kambing"

Syarat Aqiqah

Aqiqah hendaklah dilakukan sebagaimana syarat korban dari segi umurnya jenisnya dan selamatnya haiwan itu daripada kecacatan yang menyebabkan kurangnya daging .

Sebagimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada al-Barra bin Azib r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya:

"Empat perkara yang tidak boleh ada dalam korban : Cacat yang jelas kecacatannya ,sakit yang jelas penyakitnya ,tempang yang jelas tempangnya dan tulang patah yang tiada sumsumnya".

Jadi sebagaimana korban begitu juga syaratnya dengan aqiqah ,Ini disebabkan kerana aqiqah adalah sembelihan yang disunatkan begitu juga dengan korban.

Perbezaan Aqiqah dan Korban

Apabila kita menyatakan bahawa syarat aqiqah sama dengan syarat korban ini tidak bererti ia menyerupainya dari semua segi. Bahkan di sana terdapat beberapa perbezaan yang kami ringkaskan seperti berikut:

1.Daging aqiqah disunatkan dimasak seperti dalam semua kenduri dan disedekahkan dalam bentuk telah dimasak. Ia tidakdisedekahkan dalam keadaan mentah. Ini berbeza dengan korban .Aqiqah sunat dimasak dengan benda manis dengan harapan akhlak anak itu menjadi mulia .Yang afdhalnya disedekahkan daging dan kuahnya kepada orang miskin dengan cara menghantarnya kepada mereka. Disunatkan juga sebahagiannya dimakan sendiri dan dihadiahkan.
2. Disunatkan selagi boleh agar tulangnya tak dipatahkan. Bahkan ia perlu dipotong pada sendinya sahaja dengan harapan agar anggota anak itu selamat dan baik.
3..Disunatkan agar dihadiahkan kaki aqiqah kepada bidan dalam keadaan mentah tanpa di masak kerana Fatimah r.a. telah melakukannya dengan perintah rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh al-Hakim.

Ucapan Tahniah bersempena Kelahiran Anak

Orang lelaki disunatkan mengucapkan tahniah kepada bapa tesebut . Begitu juga kepada perempuan mengucapkan tahniah kepada ibunya. Ucapan itu adalah ( بارك الله لك فى الموهوب لك , وشكرت الواهب , وبلغ أشده , ورزقت بره)"Semoga Allah memberkati kamu dengan anak yang dikurniakan.Semoga kamu mensyukuri Tuhan yang mengurniakannya dan juga semoga anak ini membesar serta kamu dikurniakan ketaatannya".

Disunatkan bagi bapa anak itu menjawab ( بارك الله لكم , وبارك الله عليكم , وأجزل ثوابكم)" Semoga Allah memberkati kamu juga ke atas kamu dan menambahkan pahala kepada kamu ".

Begitu jugalah yang diucapkan oleh perempuan untuk ibunya dan dia juga menjawab dengan jawapan yang sama sebagaimana yang dijawab oleh bapa kepada kaum lelaki yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Penutup:

Kemahiran menyesuaikan hidup dalam masyarakat merupakan satu tuntutan hidup lebih-lebih lagi insan yang bergelar al-Azhari. Kemahiran sebegini tidak memadai hanya dengan kita belajar tanpa ada praktikal dan pengalaman. Kelemahan dan sikap tidak cakna dikalangan kita hari ini menjadi buah mulut masyarakat yang inginkan golongan seperti kita menguasai pelbagai bidang ilmu. Jadi, marilah sama-sama kita menggunakan peluang sepanjang keberadaan kita di bumi mesir ini untuk mempersiapkan dan memantapkan lagi pengguasaan ilmu kita.

Sebagai akhirnya, kekurangan dan kecacatan di dalam kertas kerja ini merupakan kelemahan dan ketidakmahiran saya. Sebarang kesalahan dan kecacatan saya mohon teguran daripada kalian semua.

Doakan kejayaan untuk Islam….kita dan Islam……

"Julang Saqofah Bakti Dicurah"
"Belajar, Beramal dan Berbakti"

Disediakan oleh:

Mohd Hushaimi Hussian

Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4

Universiti Al-Azhar Tanta

11/07/2008


posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 14.16   0 comments
AQIQAH,TAHNIK DAN AZAN MENURUT KACA MATA ISLAM
Sabtu, 12 Juli 2008

بسم الله الرحمن الرحيم
Bahagian 1

Muqaddimah:
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dapat meneruskan saki-baki kehidupan kita hari ini diatas nikmat yang dikurniakan kepada kita semua. Amanah yang tertonggak di atas bahu-bahu kita hari ini masih tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya lagi walaupun beberapan lampu merah telah mengingatkan kita, kita tetap dalam kealpaan. Kertas kerja yang serba kekurangan ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan ilmu kepada kita semua, terutamanya mahasiswa tahun empat yang akan kembali dan akan berhadapan dengan masyarakat Malaysia kelak. Kertas kerja ini saya hasilkan setelah diberi amanah untuk dibentangkan di Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta sempena Program ke Pangkuan Ummah baru-baru ini, dan dikemaskini kali kedua hasil permintaan DPM Damanhur untuk dibentangkan di tempat mereka. Hasil kerja yang kerdil ini mengharapkan keredhaan Ilahi dan manjadi amalan jariah, mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah S.W.T untuk menerukan gerak kerja yang seterusnya. Amin…..

Anak merupakan cahaya mata
Anak merupakan anugerah yang paling bernilai yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita. Oleh yang demikian, disunatkan bagi seorang muslim bergembira dan bersyukur kepada Ilahi. Diantara caranya ialah memberitahu saudara-mara dan sehabat handai serta jiran tetangga. Firman Allah s.w.t :
{ فبشرناه بغلام حليم }
Maksudnya: Lalu kami gembirakan Nabi Ibrahim dengan seorang cahaya mata yang penyantun dan sabar. (Surah as-Soofat, ayat 101)

Azan & Iqamah pada Telinga Bayi
Sunat diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya .Ini untuk menjadikan pengisyhtiharan tauhid adalah perkara pertama yang memecahkan pendengarannya sewaktu dilahirkan ke dunia. [1] الفقه المنهجى/1/ ms/492
Tetapi azan tesebut perlulah dilaungkan dengan cara sederhana (tidak terlalu kuat sehingga memudharatkan telingan bayi). Hendaklah mengadap kearah kiblat semasa azan dan iqamah serta melafazkannya dengan cara yang betul dan sempurna.[2] Panduan Kehidupan Muslim, ms/331.

At-Tirmizi meriwayatkan daripada Ubaidillah bin Abu Rafi' daripada bapanya katanya: (رأيت رسول الله –ص- أذن فى أذن الحسن بن على حين ولدته فاطمة بالصلاة ) Aku telah melihat Rasulullah s.a.w mengazankan pada telinga al-Hasan bin Ali sewaktu dia dilahirkan oleh Fatimah. [3] الفقه المنهجى/1/ ms/493
Begitu juga Hadis yang diriwayat al-Baihaqi ( من ولد له مولود , فأذن فى أذن اليمنى وأقام فى أذن اليسرى, رفعت عنه أم الصبيان)

Hikmah daripada azan dan iqamah ialah supaya perkara pertama yang masuk ke telinga bayi ialah kebesaran Allah s.w.t, kalimah tauhid dan syahadah serta panggilan menuju kejayaan, di samping menghalau gangguan jin dan syaitan. Selain daripada itu, ia bertujuan menjauhkan bayi daripada terkena penyakit yang dibawa oleh sejenis jin yang diberi nama oleh Rasulullah s.a.w sebagai Ummu Sibyan. .[1] Panduan Kehidupan Muslim, ms/332.

Bacaan Selepas Azan & Iqamah
Setelah selesai melakukan azan dan iqamah pada kedua-dua telinga bayi, dibaca ayat berikut pada telinga kanannya sebanyak tiga kali supaya dijauhi 'Ummu Sibyan' dan dorongan syaitan untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti zina serta terhindar dari terkena penyakit sawan. .[2] Panduan Kehidupan Muslim, ms/333

بسم الله الرحمن الرحيم
إنا أنزلناه فى ليلة القدر # وما أدراك ما ليلة القدر # ليلة القدر خير من ألف شهر # تنزل
الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر # سلام هى حتى مطلع الفجر #
بسم الله الرحمن الرحيم
إنى أعيذه بك وذريته من الشيطان الرجيم
( jika lelaki )
إنى أعيذها بك وذريتها من الشيطان الرجيم
( jika perempuan)

Kemudian dibaca ayat tersebut sebanyak tiga kali dan dihembuskan ke bahagian dada bayi agar hatinya mudah menerima segala ajaran yang baik sebagaimana di bawa oleh agama Islam.
بسم الله الرحمن الرحيم
ألم نشرح لك صدرك # ووضعا عنك وزرك # الذى أنقض ظهرك # ورفعنا لك ذكرك # فإن مع العسر يسرا #
إن مع العسر يسر # فإذا فرغت فانصب # وإلى ربك فارغب #
Membelah Mulut(Tahnik)
Disunatkan membelah mulut bayi dengan buah kurma sama ada bayi lelaki atau pun perempuan adalah dengan cara mengunyah buah kurma dalam mulut kemudian ia di sapukan pada mulut (lelangit) bayi sehingga masuk sedikit ke dalam mulutnya, kemudian dibuka mulutnya sehingga turun kedalam perut bayi walaupun sedikit. Kalau tidak ada buah kurma maka boleh digunakan sesuatu yang manis. .[1] الفقه الاسلامى وأدلته /4/ ms/2750.

Dalil sunatnya tahnik ialah hadis riwayat Muslim daipada Abu Musa r.a. katanya:
Aku dikurniakan seorang anak lelaki lalu aku membawanya menemui Rasulullah s.a.w. Baginda memberikan namanya Ibrahim dan membelah mulutnya (tahnik) dengan buah kurma.

Berdasarkan apa yang telah disebutkan ulama bahawa, disunatkan membawa bayi setelah kelahirannya kepada orang soleh dan bertakwa untuk mentahnik mereka dan mendoakan kebaikan dan keberkatan untuk mereka.

Cara-cara tahnik :
Kelengkapan yang diperlukan dalam upacara tahnik:

-Air zam-zam@air mutlak.
-Air cuci tangan.
-Buah tamar@kismis.
-Sudu kecil(yang sesuai dengan bayi).

Bacaan dan doa dalam tahnik mengikut turutannya:
Sebelum menyuap tamar & air zam-zam maka digalakan untuk membaca:

بسم الله الرحمن الرحيم
الرحمن # علم القرءان # خلق الانسان علمه البيان # الشمس والقمر بحسبان # والنجم والشجر يسجدان # (الرحمن: 1-6 )
لاتحرك به لسانك لتعجل به # إن علينا جمعه وقرانه # فإذا قراناه فاتبع قرأنه # ثم إن علينا بينة(القيامة 16-19)
بل هو القران مجيد # في لوح محفوظ #( البروج 21-22)
semua ayat diatas dibaca sebanyak 3X –


Semasa disuapkan ke dalam mulut bayi hendaklah digosokkan ke lelangit mulut bayi sambil dibacakan ayat seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحيم
فالله خير حافظا وهو أرحم الراحميم
(3 X)
والله من ورائهم محيط بل هو قرأن المجيد فى لوح محفوظ
(3 X)
وحفظناها من كل شيطان الرجيم
(3 X)
ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين ثم جعلناه نطفة من قرار مكين ثم خلقنا النطفة
علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاما فكسونا العظام لحما ثم أنشأناه خلقا
ءاخر فتبارك الله أحسن الخالقين.
وان يكاد الذين كفروا ليزلقونك بأبصارهم لما سمعوا الذكر ويقولون انه لمجنون وما
هو الا ذكر للعالمين
بسم الله الرحمن الرحيم
أعوذ بكلمات الله التامات ومن كل عين لامة ومن كل شيطان هامة
حصنته بالحى القيوم ودفعت عنك السوء بالف الف لا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم
سماك الله .................................................................(اسم للطفل)
Kemudian hendaklah dibaca:

الناس- الفلق- الاخلاص- الفاتحة
Doa tahnik :

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين حمدا يوافى نعمه ويكافىء مزيدة يا ربنا لك الحمد كما ينبغى
لجلال وجهك وعظيم سلطانك . سبحانك لا نحصى ثناء عليك كما أثنيت على نفسك .
فلك الحمد على قبل الرضى ولك الحمد بعد الرضى اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا
محمد في الأولين. وصل وسلم على سيدنا محمد في الأخرين. وعلى اله وصحبه
أجمعين. اللهم أنشاه نشاة صالحة, واحيه حياة طيبة, واسعده سعادة الحسنى, واجعله
بارا بوالديه غير عاق لهما. واجعله من الصالحين العارفين الكاملين. واكفه شر النظرة
والعين والحاسدين, وأعذه من الخلقك أجمعين, ولا تحوجه الا لوجهك الكريم. واغفر
لوالديه والحاضرين أجمعين . وصلى الله على سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم

Mencukur Rambut, Memberi Nama & Khitan:
Disunatkan mencukur kepala bayi pada hari ketujuh daripada kelahirannya dan diberikan nama setelah disembelih haiwan aqiqah dan disedekahkan berat timbangan rambut itu dengan emas atau perak. Kerana Nabi Muhammad s.a.w telah memerintahkan Fatimah sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "timbanglah rambut al-Hussin dan sedekahkan perak seberat timbangan rambutnya " رواه الحاكم وصححه
Dalilnya Sabda Rasulullah s.a.w.
"Sesungghnya kamu pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu,maka perelokkanlah nama kamu". Dikeluarkan oleh Abu Daud

Begitu juga disunatkan disisi al-Syafie mengkhitankan bayi pada hari ketujuh daripada kelahirannya. .[1] الفقه الاسلامى وأدلته /4/ ms/2751. Sebagaimana yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi daripada 'Aisyah : "Sesungguhnya Nabi s.a.w telah mengkhitankan al-Hassan dan al- Hussin pada hari ketujuh daripada kelahirannya". Dan disisi as-Syafie khitan adalah fardu baik lelaki mahupun perempuan.

Insya'allah perbahasan mengenai aqiqah saya akan bahaskan pada keluaran yang akan datang.

13/07/08
Ahad

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 16.33   0 comments
Derma darah Jihad kita
Minggu, 06 Juli 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh: Mohd Hushaimi Hussian

Hari ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kadang-kadang rasa agak melucukan bila mengingati kembali kejadian tadi dan pada masa yang sama juga mengingatkan saya kepada kematian, apa ceritanya…..? hai ni mesti best punya….

Begini ceritanya, semalam saya baru saja balik daripada Dameata…ada orang minta diskusi kutaib(buku-buku kecil) untuk program "Q" dan terpaksa bergegas pulang ke Tanta kerana ada kerja sedikit. Saya sampai di sini agak lewat malam dan terpaksa bermalam di rumah Ust. Fairus Shuiab, tapi tidak sempat berehat pun kerana call family kat Malaysia, ada la kerja sedikit. Setelah solat subuh di masjid, saya ke rumah Ust. W. Hadiyuddin (Pengerusi Tanta) untuk mendapatkan rehat yang mencukupi, malangnya terlajak sampai ke tengah hari.


Walaubagaimana pun dengan azam yang kuat, akhirnya pergi juga saya ke kuliah untuk mengambil tasdiq bagi membolehkan saya membuat lesen memandu kereta, doa-doa la supaya dipermudahkan oleh Allah s.w.t

Setelah pulang daripada kuliah, saya terserempak dengan seorang pembantu doktor yang tercegak di hadapan van derma darah seolah-olah sudah mengetahui saya akan melalui jalan tersebut. Bila hampir sahaja dengan beliau, first sekali apa yang saya dengar daripada mulut beliau ialah,[ هذا جهاد فى انقاذ حياة الانسان !!تعال
ى .تبرع الدم], mari-mari !! derma darah, ini merupakan jihad untuk membantu nyawa manusia dan banyak lagi kata yang memberangsangkan saya. Akhir sekali saya setuju untuk menderma darah walaupun tubuh pada ketika itu tidak berapa sihat dan tidur tidak mencukupi demi membantu saudara-saudara kita yang memerlukannya.

Setelah disahkan darah ok, pembantu doktor tersebut mengambil darah saya dan pada pemulaanya rasa agak terkejut juga bila saja melihat dua pack plastik darah, saya kata satu saja cukup la dan beliau kata ok, lega rasa badan ketika itu. Setelah berapa minit sahaja, saya rasa bagaikan nak pintam dan terus tidak sedarkan diri beberapa detik. Pada ketika itu sedikit kekalutan berlaku dan doktor serta pembantunya mengerumuni saya, ada yang merenjis air dikepala, kaki, suap ubat, bagi minum air, pasang kipas dan apa yang paling mendebarkan saya apabila doctor memegang denyutan nadi ditangan saya. Pada ketika itu tidak ada benda lain yang saya fakir kecuali mati….alhamdulillah selepas beberapa ketika saya mula sedarkan diri dan dihantar pulang ke rumah dengan menaiki ambulan. disebabkan"Tragidi" inilah saya akan cuba menukilkan balik pandangan ulama' dalam masalah pendermaan darah ini.

Inilah pengalaman kedua menaiki ambulan di bumi mesir setelah empat tahun keberadaan saya di sini. Pengalaman pertama semasa menziarahi Syeikh Muhammad Haramai (Guru kami) di Hospital Jaami'ah Tanta yang terpaksa dipindahkan daripada wad biasa ke wad kecemasan, pada ketika itu saya, ust. Rafie' (bekas ahli bait saya) dan isteri serta anaknya yang berada disisi beliau, kalau tak silap saya dan masih kuat ingatan ini, kejadian ini berlaku semasa saya di tahun dua. Beberapa hari selepas itu beliau telah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah buat beliau….. alhamdulillah saya dan beberapa sahabat yang lain dapat belajar daripada beliau beberapa buat kitab termasuklah kitab Syama'il Muhammadiah.

Hukum memderma darah:

Adakah dapat pahala dengan menderma darah? Adakah penderma darah berhak untuk mengambil upah? Adakah dengan mengambil upah daripada menderma darah boleh menghilangkan pahala derma?

Jawapan: Ia dapat pahala, sesungguhnya dengan semata-mata menderma darah, penderma berhak mendapat balasan (pahala) walau sekalipun penderma itu mengambil upah. Ini kerana perbuatan terebut kadang-kadang boleh membantu dalam menyelamatkan nyawa manusia khususnya setelah diselidiki dan dipastikan oleh perubatan moden menunjukkan bahawa darah tersebut masih boleh digunakan walaupun selepas beberapa ketika….. selama mana jumlah darah yang didermakan itu tidak melemahkan dan mengancam kesihatan penderma.
Untuk pengetahuan orang Islam, sesungguhnya dengan menderma darah itu walaupun dengan bayaran ia berhak mendapat pahala. Sekiranya penderma darah tersebut tidak mengambil upah, baginya dua pahala….pahala menderma darah, dan pahala menderma balik upahan tersebut. والله أعلم. Rujuk kitab [جامع الفتاوى المعاصرة من السلف الصالح والعلماء المعاصرين] ms/285


Memindahkan darah orang Islam kepada orang kafir:

Apakah hukum Syariah Islamiah dalam masalah pemindahan darah orang Islam kepada orang kafir?

Jawapan : Tidak ada masalah, dengan memindahkan darah orang Islam kepada orang kafir, begitu juga sebaliknya dan tidak ada larangan daripada melakukan demikian, apa yang digambarkan sebahagian kita menyatakan orang kafir adalah najis berdasarkan firman Allah s.w.t{انما المشركون نجس }surah at-Taubah, ayat 28. Perkataan najis dalam ayat tersebut adalah najis maknawi iaitu aqidah dan tubuh badan manusia asalnya adalah bersih baik semasa hidup atau semasa mati. Rujuk kitab [جامع الفتاوى المعاصرة من السلف الصالح والعلماء المعاصرين] ms/286

pukul 2.34pg
Akhir Said, rumah Ehsan
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 16.05   0 comments
Tafsir as-Syazili, bahagian pertama siri(1)
Jumat, 04 Juli 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh:Mohd Hushaimi Hussian

فريضة الصيام

Kefarduan Puasa

Alhamdulillah tanggal 13& 20/06/08 kami sempat mengikuti pengajian Tafsir bersama guru kesayangi kami Dr. Abdullah as-Syazili yang mengupas dan membingcangkan ma'ni serta gaya bahasa yang begitu mengkagumkan kami. Perbahasannya mengikut apa yang saya dapati sebagaimana berikut:

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون (183) أياما معدودات فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين فمن تطوع خيرا فهو خير له وأن تصوموا خبر لكم ان كنتم تعلمون (184)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.{183}

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka siapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib atas orang-orang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin-secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan berpuasa- .Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.{184}

Disini al-Fadhil Doktor ada menyentuh mengenai kalimah{ ءامنوا}orang-orang yang beriman, kenapakah digunakan kalimah ini? tidak menggunakan orang-orang hendak beriman atau orang-orang cenderung kepada Islam . Ini menunjukkan Allah s.w.t telah merekodkan {سجل} orang2 yang telah beriman dengan mewajibkan puasa dan tidak diwajibkan keatas orang kafir. Begitu juga kalimah{ كتب }, bilamana menggunakan kalimah ini ia memberi maksud fardhu (berpuasa ramadhan) keatas orang2 mukmin yang tidak boleh diragui lagi akan kefardhuannya.

Kalimah { الصيام }, dari segi syarak ialah" menahan diri daripada makan dan minum serta bersetubuh bermula daripada terbitnya matahari sehinggalah terbenamnya matahari dengan niat untuk berpuasa semata –mata kerana Allah s.w.t dan ketaqwaan. Kenapakah digunakan kalimah {الصيام }sedangkan dari segi maknanya sama sahaja dengan kalimah { الصوم }menahan, tapi perlu kita ingat dalam bahasa arab, setiap pertambahan huruf diatas wazan menunjukkan bertambahnya makna (lebih mendalam).

Seterusnya kalimah { كتب كما } merupakan { مرسلا مجملا تشبيه }. Disini ulama' berselisih pendapat: pendapat pertama mengatakan perumpamaan ini menunjukkan puasa yang diwajibkan keatas umat Islam, sama sahaja dari segi kefardhuannya yang diwajibkan keatas umat-umat terdahulu –pandangan yang lebih tepat-. Manakala pendapat kedua menyatakan, perumpamaan ini sama dari segi perlaksanaan (bilangan hari berpuasa) dan ada juga yang berpandangan sama dari segi cara menunaikannya (menahan diri daripada makan dan minum).

Sebagaimana diketahui juga ialah, semua agama mewajibkan penganutnya berpuasa sejak Nabi Adam a.s dan menyeru mereka supaya berpuasa, walaupun sekali penganut yang menyembah patung berhala. Ini jelas mengikut kepercayaan mesir purba, orang-orang Yunan, orang-orang Rom dan Hindu. Jika diperhatikan dalam kitab Taurat pun sekali, agama mereka memuji kefardhuan puasa itu sendiri dan lebih-lebih lagi golongan yang berpuasa sebagaimana yang dinyatakan bahawa, nabi Musa a.s telah berpuasa selama 40 hari. Agama Yahudi juga pada masa kini, mereka berpuasa selama seminggu untuk memperingati keruntuhan atau kejatuhan Urihslim [أورشليم ] dan untuk merampasnya semula serta berpuasa sehari sempena bulan bapa. Begitu juga dalam kitab Injil yang memuji puasa dan menganggapnya sebagai ibadat untuk mencegah daripada perasaan riya' ……

Penggunaan kalimah { لعلكم } ini bertujuan untuk menyeru manusia mudah-mudahan bertakwa kepada Allah s.w.t, dan diikuti dengan kalimah {تتقون } jauh daripada maksiat, kerana berpuasa itu sendiri dapat mematahkan nafsu syahwat yang menyebabkan boleh tercetusnya kemaksiatan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w [ الصيام جنة ووجاء] puasa itu benteng dan pendinding untuk melemahkan nafsu. Berpuasa juga dapat meningkatkan ketakwaan individu tersebut.

{أياما معدودات } iaitu kewajipan berpuasa pada bulan ramadhan, dan kenapakah disifatkan dengan kalimah { معدودات}? Ini menunjukkan Allah s.w.t hendak mempermudahkan hambanya berpuasa pada hari dan bulan yang telah ditetapkan dalam setahun.

{ فعدة }kalimah ini menunjukkan [للتنبيه] untuk memperingati wajib digantikan puasa yang ditinggalkan. Persoalan, adakah kita dituntut untuk mengantikan puasa dengan segera? Jawapannya tidak, tetapi lebih baik disegerakan. Begitu juga kalimah { من }, yang menunjukkan [أين بداء وأين انتهاء] disini kita dituntu sungguh-sungguh untuk mengira berapa hari kita meninggalkan puasa, baik ketika sakit atau musafir supaya dapat digantikan selepasnya. Pandangan Jumhur Ulama' dalam ayat ini { فعدة من أيام أخر }disunatkan bagi orang yang menggantikan puasa supaya dilakukan selang-seli bukannya secara berturut-turut dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

{ يطيقونه } adalah golongan yang menanggung bebanan seperti orang yang terlampau tua, mengandung, menyusu dan orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh, dan kalimah{ فدية } ialah memberi makan makanan(secupak makanan asasi) kepada orang-orang miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan puasa. 1hari = seorang.

Hikmah berpuasa:

1. Mendidik jiwa supaya takut kepada Allah s.w.t samaada dalam keadaan sunyi dan sebaliknya.

2. Mematah dan mengurangkan penguasaan nafsu keatas diri kita seterusnya menjadikan diri kita dalam keadaan tenang dan stabil.

3. Supaya kita mengingati dan dapat merasai bagaimanakah mereka yang dalam keadaan kelaparan.

4. Untuk mencapai persamaan antara golongan kaya dengan miskin, golongan yang berkedudukan dengan bawahan dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.

5. Begitu juga untuk menjaga pertuturan dan pandangan kita daripada benda-benda yang melalaikan kita dan menyebabkan puasa kita itu hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja.

PERBAHASAN HUKUM:

Dalam ayat ini, kita akan dapati perbahasan hukum orang yang dalam keadaan sakit sebagai contohnya ia berkata esok aku tidak mahu berpuasa, pada keesokan harinya dia makan, hukumnya adalah harus kerana sakit itu [قائم موجودا] sudah sedia ada. Tetapi berbeza dengan orang yang hendak bermusafir keesokan harinya, tiba sahaja keesokan paginya dia makan sebelum bertolak, hukumnya adalah tidak dibolehkan kerana musafir itu tidak berlaku lagi [غير قائما].

Insya'allah perbahasan hukum yang selanjutnya saya akan bincangkan pada keluaran yang akan datang.

pukul 12.07mlm 05/07/08

akhir said, rumah Ehsan

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 13.40   0 comments
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com