Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Persediaan & Cabaran Nuqaba' Dalam Mengharumi Konsep Sebenar Usrah
Minggu, 19 Oktober 2008
Sambungan.....

2.0 PERSEDIAN AM

2.1.0 ILMU PENGETAHUAN

Setiap du'at atau nuqaba' yang ingin memandu atau megendalikan usrah dan seterusnya terjun ke medan perjuangan mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta memahami ilmu keagamaan dengan mantap. Persedian ini perlu untuk memastikan perjalanan usrah dan dakwah Islamiah berjalan diatas landasan yang sebenar. Disini saya akan senaraikan beberapa ilmu yang perlu dikuasai oleh du'at atau nuqaba' yang diringkaskan di dalam kitab "THAQAFAH DA'IAH" oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi sebagaimana berikut:

2.1.1 Thaqafah Islamiah / Diniah (Agama)

Thaqafah Islamiah ialah pengetahuan tentang Islam dari sudut manhaj, usul dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya atau terhasil daripadanya.
Di antara ilmu-ilmu Islam yang mesti dikuasai oleh para du'at ialah:
Al-Quran dan Tafsir
As-Sunnah an-Nabawiah
Fiqh
Usul Fiqh
Tauhid & Aqidah
Tasauf
Falsafah Islam

2.1.2 Thaqafah Tarikhiah (Sejarah)

Apa yang perlu diambil berat di sini adalah sejarah Islam dan umatnya secara khusus dan sejarah peradaban manusia secara umum.

2.1.3 Thaqafah Adabiah & Luqhawiah (Sastera & B. Arab)

Antara aspek yang perlu diraikan dalam perkara ini ialah:
Bahasa Arab pada sudut kefasihan dan kesan kepada pendengar.
Sastera atau kesusteraan dengan menguasai syair, kata-kata hikmah, pidato, kisah-kisah pengajaran dan lain-lain.

2.1.4 Thaqafah Insaniah (Kemanusiaan)

Di antara ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu kemanusian ini ialah:
Ilmu Psikologi
Ilmu Kemasyarakatan
Ilmu Ekonomi
Ilmu Falsafah
Ilmu Moral
Ilmu Sejarah
Ilmu Pendidikan

2.1.5 Thaqafah Ilmiah (Sains)

Para du'at bukan dikehendaki menguasai ilmu ini secara mendalam, akan tetapi mengcukupi dengan mengetahui sedikit sebanyak asas-asas yang berkaitan dengannya untuk kepentingan dakwah masa kini seperti yang dilakukan oleh Harun Yahya dan lain-lain. Di antara ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu sains ini ialah:
Fizik
Kimia
Biologi
Astronomi
Perubatan
Geologi

2.1.6 Thaqafah Waqi'iah (Isu Semasa & Realiti Umat)

Di antara ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengetahuan isu semasa ini ialah:
Keadaan dunia Islam (geografi, ekonomi, politik, factor kebangkitan, sebab kejatuhan dan lain-lain)
Kedudukan kuasa dunia yang memusuhi Islam (Yahudi, Kristian & komunis)
Kedudukan agama-agama selain Islam (Yahudi, Kristian, Hindu, & Budha)
Kedudukan blok-blok politik dunia (Komunis, Sosialis, Demokratik & Diktator)
Keadaan gerakan dan institusi-institusi Islam (IM, JI, al-Azhar, OIC, WAMY, Majma' Fiqh, Kementerian wakaf dll)
Kewujudan aliran pemikiran yang menentang Islam ( [1] Haluan kiri @ Marxisme @ Materialisme – cenderung kepada Komunis, [2] Liberalisme @ Kapitalisme – cenderung kepada Barat, [3] Nasionalisme – cabang kepada Kapitalisme kearah pemisahan agama daripada pemerintahan Negara)
Kewujudan kumpulan-kumpulan yang terseleweng dari Islam (Bahai, Qadiani, dll)
Realiti semasa yang wujud di tempat masing-masing.

Kemulian mereka yang melengkapi diri mereka dengan keimanan dan keilmuan dapat dibuktikan melalui Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah ayat 11

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات
Maksudnya: Allah s.w.t mengangkat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.


2.2.0 MENJADIKAN DIRI SEBAGAI QUDWAH HASANAH

Kita sebagai du'at atau nuqaba' adalah mesti menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat (ahli usrah). Bagaimanakah ahli usrah atau masyarakat boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.

Realiti apa yang saya akan perkatakan disini ialah dunia kemahasiswaan yang tidak dapat kita pisahkan lagi dengan dunia keilmuan. Di antara kayu ukur kepada kegemilangan mahasiswa adalah bergantung kepada sejauh mana penguasaan dalam arena keilmuan. Ini kerana nadi kemahasiswan adalah ilmu dan thaqafah .Kita tidak boleh menggelarkan seseorang itu mahasiswa sedangkan ia tidak berilmu.

Seorang nuqaba' yang berjaya ialah apabila dapat merialisasikan dalam wacana ilmu ini supaya diikuti oleh ahli usrah. Bagaimana mungkin seorang naqib yang inginkan ahli usrahnya belajar bersungguh-sungguh, berjaya, berilmu, cemerlang dan sebagainya sedangkan ia sendiri tidak menitik beratkan perkara tersebut. Mungkin kita kata boleh….tapi sukar.

Firman Allah taala:
" أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون "

2.3.0 PENGORBANAN DAN JUJUR DALAM BEKERJA

Perjuangan memerlukan pengorbanan dalam semua aspek samada harta-benda, jiwa, masa dan sebagainya sehingga kepada terpisah dengan keluarga semata-mata kerana perjuangan di jalan Allah. Di samping itu juga, sikap sabar perlu ada dalam mengharungi pelbagai tribulasi terhadap dakwah. Justeru itu, janganlah sekali-kali dijadikan dugaan dan cabaran sebagai pelemah semangat dalam perjuangan.

Pada masa yang sama juga kita akan menghadapi ahli usrah yang bermacam ragam. Ada yang ok dan ada juga yang ko. Ditambah pula dengan bebanan pembelajaran, persatuan, kewangan dan sebagainya yang mebawa seribu satu dugaan di dalam perjuangan ini. Ini semua berhajat kepada kesabaran dan pengorbanan yang tinggi.

Disamping itu, dalam menyampaikan amanah Allah s.w.t ini, sikap amanah dan jujur adalah penting. Di dalam Al-Qur’an, Allah telah berfirman :

ان الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات الى....ه
ا
MEMPERKASA SISTEM TANZIM USRAH

Tanzim ialah menentukan bidang-bidang tugas dan kewajipan, melantik individu-individu pelaksana tugas tersebut serta menjangkau masa yang diperlukan oleh amal demi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Fiqh Ad-Dakwah : 1/281
Medan rasmi kepada Nuqaba’ dalam mentarbiah ahli-ahli ialah “Usrah”. Ini bererti para Nuqaba’ / Naqibat mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam menjayakan usrah-usrah yang diamanahkan, sehingga dapat melahirkan ahli-ahli yang bermutu tinggi.
Untuk tujuan itu, dijelaskan di sini tasawwur asas tentang kedudukan dan matlamat usrah, supaya pengendalian usrah dapat menepati matlamat / sasaran sebenar.

MATLAMAT USRAH [1] Kertas Kerja: KE ARAH PEMBENTUKAN NUQABA’ YANG BERJAYA

Peranan dan matlamat usrah boleh digariskan seperti :

Untuk menghimpunkan ahli-ahli jamaah (usrah) di dalam kelompok-kelompok kecil di bawah satu pimpinan atau naqib bagi memudahkan penyaluran bahan-bahan pengisian dan tarbiah.
Untuk mewujudkan ikatan kekeluargaan Islam di kalangan ahli-ahli sehingga mereka dapat merasakan suatu hubungan dan ikatan secara langsung dengan jamaah (persatuan) dan proses pembentukan diri.
Untuk melatih ahli-ahli mengenali dan memahami kaedah bermuamalah dengan pimpinan / nuqaba’ dan bentuk-bentuk muamalah yang betul sesama rakan-rakan perjuangan.
Untuk mengenalpasti secara detail dan tepat seluruh persekitaraan yang mengelilingi ahli-ahli usrah seperti kefahaman, kemampuan, kelemahan, iltizam, masalah keluarga, kebajikan, kecenderungan, pemikiran dan sebagainya.
Untuk menyalurkan taujihat-taujihat dan thaqafah Islamiah secara kemas dan teratur (berdasarkan manhaj) kepada ahli-ahli usrah.
Untuk memudahkan sebarang arahan-arahan penting / segera dan strategi-strategi semasa disalur / diselaras / dikemaskinikan secara selamat dan berkesan.
Untuk melahirkan tenaga-tenaga ‘amilin / mujahidin yang mampu melaksanakan tugas-tugas dan program-program jemaah (persatuan) dengan jaya dan berkesan.
Untuk menyalurkan masalah-masalah ahli dan menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih berkesan.

Para Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah memahami dan menghayati sepenuhnya peranan usrah di atas, supaya dapat mengendalikan usrah dengan baik dan menepati tuntutan-tuntutannya, sehingga ahli-ahli usrah dapat merasakan bahawa mereka memperolehi manfaat yang besar daripada usrah dan dapat pula menghayati peranan usrah yang sebenarnya.

PENUTUP
Kesimpulannya, kita boleh nyatakan bahawa kejayaan persatuan dalam melahirkan suatu barisan tenaga Nuqaba’ dan Naqibat yang cemerlang, mantap dan bermutu adalah suatu jaminan dan syarat kejayaan persatuan dalam proses pembentukan sebuah persatuan yang kuat, utuh dan kukuh.
Sekian, wassalam

Penyusun:
Akhi al-Fakir Ilallah
Mohd Hushaimi Hussian
Kuliah Syariah Islamiah Al-Azhar, Tanta
Rabu/ 15 Syawwal 1429H/10.50pg
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 14.18  
1 Comments:
Posting Komentar
<< Home
 
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com