|
Selamat datang Ramadhan ....Kami sedia menanti |
Sabtu, 30 Agustus 2008 |
Putaran hari silih berganti, minggu berganti minggu, terus menjangkau bulan dan begitulah seterusnya ketetapan Ilahi selagimana qiamat belum tiba. Kedatangan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan, kebaikan dan yang dikenal sebagai bulan bersabar, bulan taubah, rahmah, keampunan, bulan untuk memperbanyakkan doa serta dikenal sebagai bulan pembebasan daripada api neraka.
Oleh sebab itulah sudah menjadi kemistian dan kewajipan kepada umat Islam pada hari ini untuk membuat sebaik-baik persedian bagi menghadapi bulan yang penuh dengan 1001 makna ini dan merancang sebaik-baik perancangan bukan semata-mata dari aspek pemakanan, minuman untuk hidangan semasa berbuka, akan tetapi apa yang lebih penting daripada itu ialah persediaan keimanan, persediaan untuk berubah, persediaan untuk menjadi orang yang paling cemerlang serta mendapat keredhoan daripada Rabbuljalil.
Seringkali juga kita lihat pada hari ini, terdapat segelintir daripada kita yang mana menyambut kedatangan bulan ramadhan tidak ubah macam biasa. Kalaulah sebelum ramadhan ini mereka bergelumuran dengan dosa, maksiat dan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau boleh kita katakan kurang faedahnya kalaulah hendak dinisbahkan kepada kita selaku mahasiswa, seperti menonton cerita atau drama, bola, layari internet melebihi keperluan dan sebagainya. Ini sudah menjadi satu fonomena yang tidak sihat dan boleh membawa kapada kerugian yang teramat sangat sepanjang keberadaan kita dibulan ramadhan ini. Golongan mereka ini lah, walaupun datang dan keluarnya daripada pentarbiyahan madrasah ramadhan tidak ubah macam biasa dan terus............ minta dijauhi... Aku teringat pesanan Doktor kesayanganku semasa pengajian terakhir sebelum kedatangan ramadhan beberapa hari yang lepas iaitu Prof. Dr. Abdullah As-Syazily katanya "hidupkanlah siang hari di bulan ramadhan ini dengan membaca Al-Quran, dan malam harinya dengan qiamullail serta jagakanlah pandangan mata kamu, hati serta kalau tidak silap aku yang akhir sekali ialah masa kamu yang mana disebut secara berulang-ulang kali". Nasihat ini khasnya untuk diriku dan amnya kepada mahasiswa malaysia.
Sempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini, aku ucapkan selamat berpuasa dan pasakkan keimanan kita serta gunakanlah madrasah ramadhan ini untuk sama-sama kita membaiki kelemahan kita dan jangan lupa carilah ilmu sebanyak yang mungkin untuk Islam.
Salam ramadhan al-Mbarak for All
Akhir Said, Tanta
|
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 18.22 |
|
|
|
Panji Islam |
|
About Me |
Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4,
Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Links |
Ulama' Kontemporari
Laman Berita
|
Powered by |
|
|