Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Senyum Itu Sedekah

Image Hosted by ImageShack.us
Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Cabaran Seorang Pejuang Siri 1
Kamis, 30 Oktober 2008
Bismillahirahmanirrahim..

Kesyukuran ku panjatkan kepada Rabbulljalil yang telah mengatur perjalanan hidup hambanya dan segala perjalanan sistem pergerakan cakrawala alam ini. Selawat dan salam keatas junjugan besar Nabi Muhammad saw, para sahabat dan pejuang agama Islam ini.

Ketibaan ku di tanah air tahun ini amat berbeza dengan kepulangan aku pada tahun lepas. Mungkin tahun lepas ia lebih bersifat percutian, namun tahun ini betul-betul realiti yang semistinya akan ku hadapi dan mengharungi dengan jiwa yang kental. Kalaulah tahun lepas cabaran dan ujian yang ku hadapi amat mencabar dengan pelbagai persoalan dan permasalahan yang dilontarkan oleh masyarakat kepada ku yang hanya berstatuskan diatas tiket percutian, lebih-lebih lagi kepulangan ku pada tahun ini yang sudah bergelar graduan mahasiswa di universiti terulung Al-Azhar as-Syarif ini. Oooooh amat berat ku akan menghadapinya.........Ya Rab! permudahkan urusan hambamu yang lemah ini.

Sahabat seperjuangan sekalian, gunalah masa ketika belajar di bumi mesir dengan sebaik yang mungkin. Kebijaksanaan menggunakan dan menguruskan masa dengan baik adalah satu kebolehan yang perlu dimiliki oleh setiap pejuang agama Allah yang suci ini lebih-lebih lagi orang yang aktif di dalam persatuan. Kegagalan tersebut tidak layak disandarkan kepada pejuang dan mereka yang mengaku memperjuangkan Islam ini.

Pengalaman bersama ulama' al_azhar amat beharga bagi saya yang tidak mampu untuk dibayar dengan wang ringgit, ilmu yang diajar dengan keikhlasan mereka menjadi tenaga dan kuasa dalam mengatur perjalanan hidup saya. Saya teringat pesanan Prof. Dr. Abdullah Al-Syazili guru kesayangan saya semasa perjalanan ke Air Port semalam melalui telifon, wahai Mohd Hushaimi, ingatlah tiga perkara; ilmu, amal dan berdakwah di jalan Allah swt ini. Satu nasihat dan pesanan yang amat ringkas dan insya'Allah saya akan menjadikannya sebagai semangat dalam mengharumi liku-liku kehidupan ini. Insya'Allah pengalaman dan pesanan Doktor yang lain akan diceritakan pada pertemuan yang lain........maaf x dapat berceloteh lebih panjang kerana nak bertolak ke kampung kesayangan ku....tokselehor sebentar lagi.

Salam perjuangan...........
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 02.39   0 comments
Persediaan & Cabaran Nuqaba' Dalam Mengharumi Konsep Sebenar Usrah
Minggu, 19 Oktober 2008
Sambungan.....

2.0 PERSEDIAN AM

2.1.0 ILMU PENGETAHUAN

Setiap du'at atau nuqaba' yang ingin memandu atau megendalikan usrah dan seterusnya terjun ke medan perjuangan mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta memahami ilmu keagamaan dengan mantap. Persedian ini perlu untuk memastikan perjalanan usrah dan dakwah Islamiah berjalan diatas landasan yang sebenar. Disini saya akan senaraikan beberapa ilmu yang perlu dikuasai oleh du'at atau nuqaba' yang diringkaskan di dalam kitab "THAQAFAH DA'IAH" oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi sebagaimana berikut:

2.1.1 Thaqafah Islamiah / Diniah (Agama)

Thaqafah Islamiah ialah pengetahuan tentang Islam dari sudut manhaj, usul dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya atau terhasil daripadanya.
Di antara ilmu-ilmu Islam yang mesti dikuasai oleh para du'at ialah:
Al-Quran dan Tafsir
As-Sunnah an-Nabawiah
Fiqh
Usul Fiqh
Tauhid & Aqidah
Tasauf
Falsafah Islam

2.1.2 Thaqafah Tarikhiah (Sejarah)

Apa yang perlu diambil berat di sini adalah sejarah Islam dan umatnya secara khusus dan sejarah peradaban manusia secara umum.

2.1.3 Thaqafah Adabiah & Luqhawiah (Sastera & B. Arab)

Antara aspek yang perlu diraikan dalam perkara ini ialah:
Bahasa Arab pada sudut kefasihan dan kesan kepada pendengar.
Sastera atau kesusteraan dengan menguasai syair, kata-kata hikmah, pidato, kisah-kisah pengajaran dan lain-lain.

2.1.4 Thaqafah Insaniah (Kemanusiaan)

Di antara ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu kemanusian ini ialah:
Ilmu Psikologi
Ilmu Kemasyarakatan
Ilmu Ekonomi
Ilmu Falsafah
Ilmu Moral
Ilmu Sejarah
Ilmu Pendidikan

2.1.5 Thaqafah Ilmiah (Sains)

Para du'at bukan dikehendaki menguasai ilmu ini secara mendalam, akan tetapi mengcukupi dengan mengetahui sedikit sebanyak asas-asas yang berkaitan dengannya untuk kepentingan dakwah masa kini seperti yang dilakukan oleh Harun Yahya dan lain-lain. Di antara ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu sains ini ialah:
Fizik
Kimia
Biologi
Astronomi
Perubatan
Geologi

2.1.6 Thaqafah Waqi'iah (Isu Semasa & Realiti Umat)

Di antara ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pengetahuan isu semasa ini ialah:
Keadaan dunia Islam (geografi, ekonomi, politik, factor kebangkitan, sebab kejatuhan dan lain-lain)
Kedudukan kuasa dunia yang memusuhi Islam (Yahudi, Kristian & komunis)
Kedudukan agama-agama selain Islam (Yahudi, Kristian, Hindu, & Budha)
Kedudukan blok-blok politik dunia (Komunis, Sosialis, Demokratik & Diktator)
Keadaan gerakan dan institusi-institusi Islam (IM, JI, al-Azhar, OIC, WAMY, Majma' Fiqh, Kementerian wakaf dll)
Kewujudan aliran pemikiran yang menentang Islam ( [1] Haluan kiri @ Marxisme @ Materialisme – cenderung kepada Komunis, [2] Liberalisme @ Kapitalisme – cenderung kepada Barat, [3] Nasionalisme – cabang kepada Kapitalisme kearah pemisahan agama daripada pemerintahan Negara)
Kewujudan kumpulan-kumpulan yang terseleweng dari Islam (Bahai, Qadiani, dll)
Realiti semasa yang wujud di tempat masing-masing.

Kemulian mereka yang melengkapi diri mereka dengan keimanan dan keilmuan dapat dibuktikan melalui Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah ayat 11

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات
Maksudnya: Allah s.w.t mengangkat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.


2.2.0 MENJADIKAN DIRI SEBAGAI QUDWAH HASANAH

Kita sebagai du'at atau nuqaba' adalah mesti menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat (ahli usrah). Bagaimanakah ahli usrah atau masyarakat boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.

Realiti apa yang saya akan perkatakan disini ialah dunia kemahasiswaan yang tidak dapat kita pisahkan lagi dengan dunia keilmuan. Di antara kayu ukur kepada kegemilangan mahasiswa adalah bergantung kepada sejauh mana penguasaan dalam arena keilmuan. Ini kerana nadi kemahasiswan adalah ilmu dan thaqafah .Kita tidak boleh menggelarkan seseorang itu mahasiswa sedangkan ia tidak berilmu.

Seorang nuqaba' yang berjaya ialah apabila dapat merialisasikan dalam wacana ilmu ini supaya diikuti oleh ahli usrah. Bagaimana mungkin seorang naqib yang inginkan ahli usrahnya belajar bersungguh-sungguh, berjaya, berilmu, cemerlang dan sebagainya sedangkan ia sendiri tidak menitik beratkan perkara tersebut. Mungkin kita kata boleh….tapi sukar.

Firman Allah taala:
" أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون "

2.3.0 PENGORBANAN DAN JUJUR DALAM BEKERJA

Perjuangan memerlukan pengorbanan dalam semua aspek samada harta-benda, jiwa, masa dan sebagainya sehingga kepada terpisah dengan keluarga semata-mata kerana perjuangan di jalan Allah. Di samping itu juga, sikap sabar perlu ada dalam mengharungi pelbagai tribulasi terhadap dakwah. Justeru itu, janganlah sekali-kali dijadikan dugaan dan cabaran sebagai pelemah semangat dalam perjuangan.

Pada masa yang sama juga kita akan menghadapi ahli usrah yang bermacam ragam. Ada yang ok dan ada juga yang ko. Ditambah pula dengan bebanan pembelajaran, persatuan, kewangan dan sebagainya yang mebawa seribu satu dugaan di dalam perjuangan ini. Ini semua berhajat kepada kesabaran dan pengorbanan yang tinggi.

Disamping itu, dalam menyampaikan amanah Allah s.w.t ini, sikap amanah dan jujur adalah penting. Di dalam Al-Qur’an, Allah telah berfirman :

ان الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات الى....ه
ا
MEMPERKASA SISTEM TANZIM USRAH

Tanzim ialah menentukan bidang-bidang tugas dan kewajipan, melantik individu-individu pelaksana tugas tersebut serta menjangkau masa yang diperlukan oleh amal demi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Fiqh Ad-Dakwah : 1/281
Medan rasmi kepada Nuqaba’ dalam mentarbiah ahli-ahli ialah “Usrah”. Ini bererti para Nuqaba’ / Naqibat mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam menjayakan usrah-usrah yang diamanahkan, sehingga dapat melahirkan ahli-ahli yang bermutu tinggi.
Untuk tujuan itu, dijelaskan di sini tasawwur asas tentang kedudukan dan matlamat usrah, supaya pengendalian usrah dapat menepati matlamat / sasaran sebenar.

MATLAMAT USRAH [1] Kertas Kerja: KE ARAH PEMBENTUKAN NUQABA’ YANG BERJAYA

Peranan dan matlamat usrah boleh digariskan seperti :

Untuk menghimpunkan ahli-ahli jamaah (usrah) di dalam kelompok-kelompok kecil di bawah satu pimpinan atau naqib bagi memudahkan penyaluran bahan-bahan pengisian dan tarbiah.
Untuk mewujudkan ikatan kekeluargaan Islam di kalangan ahli-ahli sehingga mereka dapat merasakan suatu hubungan dan ikatan secara langsung dengan jamaah (persatuan) dan proses pembentukan diri.
Untuk melatih ahli-ahli mengenali dan memahami kaedah bermuamalah dengan pimpinan / nuqaba’ dan bentuk-bentuk muamalah yang betul sesama rakan-rakan perjuangan.
Untuk mengenalpasti secara detail dan tepat seluruh persekitaraan yang mengelilingi ahli-ahli usrah seperti kefahaman, kemampuan, kelemahan, iltizam, masalah keluarga, kebajikan, kecenderungan, pemikiran dan sebagainya.
Untuk menyalurkan taujihat-taujihat dan thaqafah Islamiah secara kemas dan teratur (berdasarkan manhaj) kepada ahli-ahli usrah.
Untuk memudahkan sebarang arahan-arahan penting / segera dan strategi-strategi semasa disalur / diselaras / dikemaskinikan secara selamat dan berkesan.
Untuk melahirkan tenaga-tenaga ‘amilin / mujahidin yang mampu melaksanakan tugas-tugas dan program-program jemaah (persatuan) dengan jaya dan berkesan.
Untuk menyalurkan masalah-masalah ahli dan menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih berkesan.

Para Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah memahami dan menghayati sepenuhnya peranan usrah di atas, supaya dapat mengendalikan usrah dengan baik dan menepati tuntutan-tuntutannya, sehingga ahli-ahli usrah dapat merasakan bahawa mereka memperolehi manfaat yang besar daripada usrah dan dapat pula menghayati peranan usrah yang sebenarnya.

PENUTUP
Kesimpulannya, kita boleh nyatakan bahawa kejayaan persatuan dalam melahirkan suatu barisan tenaga Nuqaba’ dan Naqibat yang cemerlang, mantap dan bermutu adalah suatu jaminan dan syarat kejayaan persatuan dalam proses pembentukan sebuah persatuan yang kuat, utuh dan kukuh.
Sekian, wassalam

Penyusun:
Akhi al-Fakir Ilallah
Mohd Hushaimi Hussian
Kuliah Syariah Islamiah Al-Azhar, Tanta
Rabu/ 15 Syawwal 1429H/10.50pg
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 14.18   1 comments
PERSEDIAAN & CABARAN NUQABA' DALAM MENGHARUNGI KONSEP SEBENAR USRAH
Rabu, 15 Oktober 2008
بسم الله الرحمن الرحيم

PENDAHULUAN

Dalam merealisasikan sesuatu tugas dakwah dan perjuangan Islam yang berat ini, semestinya kita berhajat kepada satu golongan atau kelompok tenaga manusia dalam menjayakannya. Cabaran ke atas perjuangan Islam adalah suatu yang tidak asing lagi kepada para pendokong gerakan Islam. Ada cabaran yang menyebabkan perjuangan Islam lemah dan lumpuh, tetapi ada juga cabaran yang menghasilkan kekuatan baru kepada Jamaah atau Persatuan Islam. Sesebuah persatuan perlu mengambil berat tentang beberapa persoalan ini: Bagaimanakah ahli dapat dipimpin ke arah perjuangan untuk memantapkan persatuan ? Bagaimanakah ahli-ahli dapat ditarbiyah rohani, jasmani dan thaqafah mereka. ? .Seterusnya persatuan akan menghadapi kesukaran-kesukaran untuk menyerahkan mandat-mandat penting dalam mengendalikan tugas-tugas persatuan.

Semua persoalan dan kesukaran itu tidak akan terjawab selama mana tidak adanya di dalam saf persatuan suatu barisan tenaga nuqaba’ yang mempunyai kelayakan dan persediaan yang cukup.’

Untuk tujuan tersebut, bersempena dengan Program Pemantapan Nuqaba' peringkat Dewan Perwakilan Tanta (DPMT) sesi 08/09, insya' Allah perbahasan ini dirangka dan disusun sebagai garis panduan dan bahan pemikiran ke arah melahirkan barisan tenaga kerja (naqib) yang mantap yang dapat meneguhkan persatuan, seterusnya membawa persatuan ke medan perjuangan yang sebenar. Dengan usaha yang kerdil ini saya mengharapkan redho daripada Allah s.w.t demi memperjuangkan Islam.

PENGERTIAN NUQABA'

Pengertian nuqaba’ berasal dari kata asal نقب على القوم- نقابة maknanya صار نقيبا عليهم، اى قام شخص برعاية شئونهم ertinya : seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat. المعجم الوسيط 1 943

Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiah, takwin, pengambilan bai'ah, pengaliran qiadah, membuat keputusan (qarar). *Said Hawa, Al Madkhal Ila Al- Muslimin: m/s 95-96
A
CIRI-CIRI ASAS NUQABA’ DAN NQIBAT [1] Kertas Kerja: KE ARAH PEMBENTUKAN NUQABA’ YANG BERJAYA

Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri asas para Nuqaba’ ialah : Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat bagi menjamin suatu pengendalian usrah yang sempurna dan berkesan, seterusnnya menjayakan peranan mereka sebagai Nuqaba’ di luar usrah.

PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :
Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah Ta’ala.

KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu’alim :
Naqib adalah seorang mu’alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.
Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jamaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim…………

KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :
Naqib /. Naqibah adalah seorang bapa / ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.
Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bertolak dari rasa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah :
Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati.
Apabila kita meneliti keempat-empat ciri asas di atas, kita dapati bahawa hubungan antara Naqib dengan ahli usrah seluruhnya ditegakkan di atas rukun-rukun usrah berikut : al-Ta’aruf, al-Tafahum dan al-Takaful. Para Naqib dan ahli usrahnya yang tidak menghayati ketiga-tiga rukun ini secara mendalam tidak dapat menjayakan keempat-empat ciri-ciri asas di atas, begitulah sebaliknya.

PERSEDIAAN AWAL

Sebagaimana kita tahu tugas dan tanggungjawab nuqaba' bukannya perkara yang mudah dan ianya tidak boleh dipandang remeh. Sebelum kita memandu atau mengendalikan mana-mana usrah, beberapa persediaan yang lengkap perlu dibuat untuk memastikan perjalanan usrah dan konsep dakwah itu tidak terkandas di pertengahan jalan. Persedian ini sama sahaja apabila kita keluar menghadapi lautan manusia di dalam menyampaikan risalah Islam ini. Oleh kerana tugas dakwah (nuqaba') ini adalah satu amanah dari Allah s.w.t, maka perkara-perkara yang akan disampaikan kepada ahli usrah khasnya dan masyarakat amnya mestilah berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat. Untuk itu saya akan menggariskan beberapa persedian yang perlu dilakukan oleh nuqaba’:

1.0) Persediaan Khusus
2.0) Pesediaan Am

1.0 PERSEDIAAN KHUSUS

Untuk menjayakan sesebuah pembawakan usrah yang berjaya, pertamanya naqib mistilah menguasai Manhaj atau Sukatan mengikut peringkat. Kalaulah naqib membawa usrah Liqa' Fikri semestinya dia memahami isi yang terkandung dalam manhaj tersebut. Begitu juga usrah Muzakarah Berkelompok dan Perubatan. Ini kerana kelemahan dalam memahami manhaj akan membawa kepada kelesuan, ketidakaktifan, muram dan yang amat malang sekali ialah tidak akan sampai matlamat. Untuk itu naqib mestilah membuat persiapan awal sebelum memulakan usrah serta mengikuti kursus pemantapan nuqaba'.

Persediaan kedua ialah, naqib perlulah menguasai dan mengetahui objektif usrah. Kejahilan dan lalai dalam memahami objektif usrah akan membawa padah. Hasil daripada itu, usrah yang berjalan tanpa berobjektif akan memusutkan pemikiran ahli-ahli usrah dan gagal dalam membentuk kesatuan fikrah di kalangan anggota.

Persediaan ketiga, menguasai teknik penyampaian yang berkesan dan kaedah untuk menarik perhatian ialah:

a) Selain membuka majlis dan muqaddimah
b) Berjenaka
c) Menyatakan sesuatu yang memerangjatkan
d) Menanyakan persoalan
e)Memberikan contoh atau cerita-cerita yang berkaitan dengan topic perbincangan.
f) Merujuk kepada fakta sejarah dll.

bersambung.........
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 23.58   1 comments
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com