Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Roadshow Apa itu Syiah? Kearah Perpaduan Bukan Perpecahan
Rabu, 25 Juni 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم أما بعد

Oleh : Mohd Hushaimi Hussian

Alhamdulillah, Roadshow Diskusi Apa itu Syiah yang diadakan di Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) 23/06/2008 dua hari yang lepas mudah-mudahan menjadi pemangkin kepada kematangan pemikiran Mahasiswa/wi hari ini. Selaku manusia yang bergelar Mahasiswa/wi Islam, tindakan membuta-tuli dalam menghukum, menghentam dan menuduh sesuatu pihak tanpa penghujahan atau sumber yang sahih adalah suatu perkara yang tidak layak lagi ganjil. Dikesempatan ini, saya mengucapkan jazakumullahukhaira' kepada yang terlibat dalam menjayakan Roadshow ini terutamanya Pegawai & Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) dan (DPMT) yang sudi menjadi tuan rumah.

Setelah mengikuti roadshow tersebut, saya rasa terpanggil untuk mendalami secara lebih mendalam siapakah Syiah sebenarnya? Tidak memadai hanya mengikuti program tersebut, bahkan kita dituntut untuk lebih mendalami, mempelajari dan mengkaji lagi permasalahan ini secara terperinci supaya kita tidak terjerumus kedalam fahaman yang melampau. Alhamdulillah setelah megambil masa lebih kurang dua hari selepas roadshow tersebut, saya sempat membaca dan meneliti sedikit-sebayak tulisan ulama'-ulama' seperti Kitab

(الفرقوالجماعات والمذاهب الاسلامية), Kenapa Aku Meninggalkan dan beberapa kertas kerja, saya dapati beberapa penjelasan yang perlu saya ketengahkan, tetapi tidak memadai kerana ia memerlukan kepada pengkajian yang mendalam menerusi kitab-kitab induk ulama' mereka dan kita (Sunni) yang muktabar. Oleh itu, nukilan yang dhaif lagi lemah ini adalah pendirian peribadi saya dan kalau ada kesalahan tolong perbetulkan.

Permasalahan Syiah bukanlah suatu perkara baru untuk diperkatakan, malah ia adalah aliran yang telah wujud sejak beberapa abad yang lalu. Sebelum itu marilah kita mengenal siapa itu Syiah?. Syiah ialah mereka yang mengikuti Ali (a.s) secara khusus serta mengatakan pimpinan (Imamiah) dan khilafahnya secara nas dan wasiat, samada secara jelas atau tersirat. Mereka beri'tikad bahawa Imamiah itu tidak terkeluar dari nak-anaknya atau dengan taqiyah darinya, mereka mengatakan pimpinan itu bukan persoalan maslahat yang bergantung pada pilihan umum. Atau terlantiknya imam itu dengan lantikan mereka, bahkan ia adalah persoalan usul iaitu rukun agama. Rujukan ms/20(الفرق والجماعات والمذاهب الاسلامية)

Apa yang menarik untuk diketengahkan di sini ialah aliran Syiah mempunyai bermacam-macam puak yang berlainan pegangan serta fahaman mereka. Dasar taqiyah yang menjadi anutan serta amalan meraka seringkali mengaburi puak-puak bukan syiah yang rabun terhadap realiti Syiah. Aliran semacam inilah sukar diberikan hukuman secara total. Golongan Syiah ghulah (pelampau) memang sudah jelas terkeluar dari medan Islam. Tetapi golongan Imamiah (kelompok Syiah terbasar di Iran, Iraq dan lain-lain) masih menjadi tanda-tanda kebanyakan umat Islam. Ulama'-ulama' Sunni tidak mempunyai kata sepakat dalam menghukum golongan ini. Taqiyah yang menjadi amalan mereka menjadikan seolah-olah Syiah anutan, mereka berada di antara hakikat dan khayalan. Pendapat-pendapat ulama'-ulama' golongan ini juga sa;ling bercanggah diantara satu sama lain. Rujukan kertas kerja (Syiah...Siapakah Mereka dan Apakah Sikap Kita Terhadap Mereka) ms/3

Noktah yang sangat penting saya ingin kongsikan bersama ialah, Ulama'-ulama' Sunni tidak mempunyai kata sepakat dalam menghukum golongan Imamiah ini. Bila mana permasaalahan ini menjadi khilaf dikalangan ulama' maka semistinya tidak boleh kita menghukum secara total mereka sesat atau tidak?. Persoalannya bagaimana kita hendak menyelesaikan persengketaan ini?. Tidak lain tidak bukan Islam mengajar kita sikap bersedarhana dalam sesuatu perkara sebagaimana (خير الأمور أوسطها) , jadi disini tidak timbullah sikap bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, fitnah-menfitnah dan sebagainya.

Seterusnya kita memerlukan satu langkah yang terkehadapan dalam menyatukan umat ini daripada perpecahan dan perbalahan. Dalam proses untuk menyelesaikan masalah ini semistinya kita perlu meninggalkan perselisihan dan mengetengahkan sebanyak yang mungkin persamaan yang wujud di kalangan umat Islam ini. Jangan kita menjadi manusia yang suka mencari perselisihan atau kesalahan walaupun ianya bersifat kecil sehinggakan kita memperbesar-besarkannya, pada masa yang sama kita meninggalkan benda yang lebih utama, tapi mesti diingati jangan sampai dalam masalah aqidah. Tambahan pula, 95% mazhab Imamiah menyamai Ahli Sunnah Waljama'ah dan dikatakan juga 80% mazhab Syafie menyamai Imam Ja'far ash-Shadiq.

Siapakah Imam Ja'far ash-Shadiq?, beliau merupakan Imam ke-6 dalam tradisi Islam Syaih, Dia merupakan ahli ilmu agama dan ahli hukum Islam (feqah). Atutan-anutan yang dikeluarkannya menjadi dasar utama bagi mazhab Ja'fari atau dua belas Imam: dia dihormati dan menjadi guru bagi kalangan Sunni kerana riwayat yang menyatakan bahawa dia menjadi guru bagi Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) dan Malik bin Anas (pengasas Mazhab Maliki). Rujukan (Kenapa Aku Meninggalkan Syiah) ms/51.

PENYELESAIAN:- Pendekatan Sunni-Syi'e

Marilah kita imbas kembali, dunia Islam hari ini memerlukan kepada kesatuan yang jitu. Perpaduan ummah adalah perkara pokok selain aqidah untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan Islam terhadap musuh-musuh kita. Golongan minoriti atau majoriti Islam ditindas, dizalimi dan dijajah, tidakkah kita melihat apa yang berlaku di Afganistan, Iraq, Palestin, Bosnia dan tempat-tempat yang lain, kalau kita ini jenis manusia yang dapat melihat. Hari ini kita memerlukan kepada solidariti Negara-negara umat Islam untuk berhadapan dengan pakatan kuffar zionis dan salibiyyah. Umat Islam yang sedia berpecah-belah wajib disatukan kembali dan segala perselisihan diantara kita swajibnya ditolak ketepikan. Sikap berbaik sangka, saling bersefahaman dan berlaku jujur perlu ditanam di hati setiap manusia yang bergelarkan muslim. Lalu wujudlah usaha-usaha pendekatan di antara sunni-syi'e sebagai menyahut perpaduan ummah.

Usaha-usaha semacam ini bukanlah suatu perkara baru, tetapi ia telah pun cuba dilakukan oleh ulama'-ulama' silam. Tanyalah pada Syeikh Mustafa as-Suba'ie, Syeikh Muhibbuddin Al-Khatib dan lain-lain lagi. Bacalah catatan Allamah Syeikh Abdullah as-Suweidi al-Abbasi di Muktamar Najf 1156H. Tetapi tulisan Abdul Hussein Musavi dalam al-Murajaatnya. Berhasilkah pendekatan sy'ei-sunni yang dilaungkan itu?. Kemudian muncul pula Ayatollah Khomeimi mengulangi sruan yang sama kepada perpaduan ummah. "La Syi'e wala Sunni" pula menjadi suatu slogan yang popular kepada pencinta-pencinta semangat revolusi di serata dunia Islam pada ketika itu. Tetapi ternyata kemudian yang ianya hanyalah semata-mata taqiyah seorang penganut Imamiah tulen. Rujukan kertas kerja (Syiah...Siapakah Mereka dan Apakah Sikap Kita Terhadap Mereka) ms/4

Disini saya akan nyatakan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Imamul Akbar as-Syeikh Muhammad Syaltut Syeikhul Universiti al-Azhar dalam masalah harus kita beribadah dengan mazhab Syiah Imamiah sebagaimana berikut :

1- ان الاسلم لا يوجب على أحد من أتباعه اتباع مذهب معين بل نقول : ان لكل مسلم الحق فى أن يقلد بادىء ذى بدء أى مذهب من مذاهب المنقولة نقلا صحيحا والمدونة أحكلمها فى كتبها الخاصة ولمن قلد مذهبا من مذاهب أن ينتقل الى غيره – أى مذهب كان – ولا حرج عليه فى شيء من ذلك.

2- أن مذهب الجعفرية المعروف بمذهب الشيعة الامامية الاثنا عشرية مذهب يجوز التعبد به شرعا كمذهب أهل السنة.

مراجعة: (الفرق والجماعات والمذاهب الاسلامية) ص 94

Begitu juga yang terbaru ini adalah usaha yang telah dilakukan oleh Prof. Doktor Yusof al-Qardhowi dalam manyatukan umat ini daripada terus bermusuh-musuhan.

Pendekatan antara sunni dan syi'e secara teorinya insya' allah akan tercapai sekiranya ulama'-ulma' Syiah secara jujur (bukan bertaqiyah) mengakui kebenaran al-Quran, hadith-hadith dari ahli sunnah, menghentikan celaan terhadap sahabat nabi Muhammad s.a.w dan menganggap sunni sebagai saudaranya. Selagi Syiah berkeras dengan amalan taqiayah, celaan para sahabat r.a, menolak hadith-hadith dan meragui al-Quran, selagi itulah pendekatan sama sekali tidak akan tercapai. Tidak dinafikan juga di sana adanya gerakan reformasi sebahagian ulama' mutakhir mereka. Sebagai contohnya ialah Dr. Musa al-Musavi yang telah menyuarakan seruan reformasi dalaman Syiah dalam bukunya " Syiah dan Pembetulan". Kalau usaha ini tidak dilakukan sampai bila kita mampu melihat penderitaan dan perbalahan sesama kita, jangan jadikan kegagalan sedikit-sebanyak usaha ini, kita terus melengting ? kata itu la, kata ini la……….hai sungguh ku tak mengerti……..

Akhir sekali kita selaku Mahasiswa/wi Islam perlu ada pendirian yang jelas dalam masalah ini dan ianya menjadi satu kewajipan dalam memastikan Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Perlu diingatkan, jangan sampai kita terjebak dan ta'asub ke dalam fahaman Syiah yang melampau begitu juga tidak dinafikan ada juga Sunni yang melampau. Jadilah hamba Allah s.w.t yang bersaudara, tapi jangan sampai aqidah kita tergadai.

Akhir Sa'id

Rabu 25/06/08

11.14 tengah hari

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 10.36  
0 Comments:
Posting Komentar
<< Home
 
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com