Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Tafsir as-Syazili, bahagian pertama siri(1)
Jumat, 04 Juli 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh:Mohd Hushaimi Hussian

فريضة الصيام

Kefarduan Puasa

Alhamdulillah tanggal 13& 20/06/08 kami sempat mengikuti pengajian Tafsir bersama guru kesayangi kami Dr. Abdullah as-Syazili yang mengupas dan membingcangkan ma'ni serta gaya bahasa yang begitu mengkagumkan kami. Perbahasannya mengikut apa yang saya dapati sebagaimana berikut:

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون (183) أياما معدودات فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين فمن تطوع خيرا فهو خير له وأن تصوموا خبر لكم ان كنتم تعلمون (184)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.{183}

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka siapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib atas orang-orang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang-orang miskin-secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan berpuasa- .Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.{184}

Disini al-Fadhil Doktor ada menyentuh mengenai kalimah{ ءامنوا}orang-orang yang beriman, kenapakah digunakan kalimah ini? tidak menggunakan orang-orang hendak beriman atau orang-orang cenderung kepada Islam . Ini menunjukkan Allah s.w.t telah merekodkan {سجل} orang2 yang telah beriman dengan mewajibkan puasa dan tidak diwajibkan keatas orang kafir. Begitu juga kalimah{ كتب }, bilamana menggunakan kalimah ini ia memberi maksud fardhu (berpuasa ramadhan) keatas orang2 mukmin yang tidak boleh diragui lagi akan kefardhuannya.

Kalimah { الصيام }, dari segi syarak ialah" menahan diri daripada makan dan minum serta bersetubuh bermula daripada terbitnya matahari sehinggalah terbenamnya matahari dengan niat untuk berpuasa semata –mata kerana Allah s.w.t dan ketaqwaan. Kenapakah digunakan kalimah {الصيام }sedangkan dari segi maknanya sama sahaja dengan kalimah { الصوم }menahan, tapi perlu kita ingat dalam bahasa arab, setiap pertambahan huruf diatas wazan menunjukkan bertambahnya makna (lebih mendalam).

Seterusnya kalimah { كتب كما } merupakan { مرسلا مجملا تشبيه }. Disini ulama' berselisih pendapat: pendapat pertama mengatakan perumpamaan ini menunjukkan puasa yang diwajibkan keatas umat Islam, sama sahaja dari segi kefardhuannya yang diwajibkan keatas umat-umat terdahulu –pandangan yang lebih tepat-. Manakala pendapat kedua menyatakan, perumpamaan ini sama dari segi perlaksanaan (bilangan hari berpuasa) dan ada juga yang berpandangan sama dari segi cara menunaikannya (menahan diri daripada makan dan minum).

Sebagaimana diketahui juga ialah, semua agama mewajibkan penganutnya berpuasa sejak Nabi Adam a.s dan menyeru mereka supaya berpuasa, walaupun sekali penganut yang menyembah patung berhala. Ini jelas mengikut kepercayaan mesir purba, orang-orang Yunan, orang-orang Rom dan Hindu. Jika diperhatikan dalam kitab Taurat pun sekali, agama mereka memuji kefardhuan puasa itu sendiri dan lebih-lebih lagi golongan yang berpuasa sebagaimana yang dinyatakan bahawa, nabi Musa a.s telah berpuasa selama 40 hari. Agama Yahudi juga pada masa kini, mereka berpuasa selama seminggu untuk memperingati keruntuhan atau kejatuhan Urihslim [أورشليم ] dan untuk merampasnya semula serta berpuasa sehari sempena bulan bapa. Begitu juga dalam kitab Injil yang memuji puasa dan menganggapnya sebagai ibadat untuk mencegah daripada perasaan riya' ……

Penggunaan kalimah { لعلكم } ini bertujuan untuk menyeru manusia mudah-mudahan bertakwa kepada Allah s.w.t, dan diikuti dengan kalimah {تتقون } jauh daripada maksiat, kerana berpuasa itu sendiri dapat mematahkan nafsu syahwat yang menyebabkan boleh tercetusnya kemaksiatan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w [ الصيام جنة ووجاء] puasa itu benteng dan pendinding untuk melemahkan nafsu. Berpuasa juga dapat meningkatkan ketakwaan individu tersebut.

{أياما معدودات } iaitu kewajipan berpuasa pada bulan ramadhan, dan kenapakah disifatkan dengan kalimah { معدودات}? Ini menunjukkan Allah s.w.t hendak mempermudahkan hambanya berpuasa pada hari dan bulan yang telah ditetapkan dalam setahun.

{ فعدة }kalimah ini menunjukkan [للتنبيه] untuk memperingati wajib digantikan puasa yang ditinggalkan. Persoalan, adakah kita dituntut untuk mengantikan puasa dengan segera? Jawapannya tidak, tetapi lebih baik disegerakan. Begitu juga kalimah { من }, yang menunjukkan [أين بداء وأين انتهاء] disini kita dituntu sungguh-sungguh untuk mengira berapa hari kita meninggalkan puasa, baik ketika sakit atau musafir supaya dapat digantikan selepasnya. Pandangan Jumhur Ulama' dalam ayat ini { فعدة من أيام أخر }disunatkan bagi orang yang menggantikan puasa supaya dilakukan selang-seli bukannya secara berturut-turut dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

{ يطيقونه } adalah golongan yang menanggung bebanan seperti orang yang terlampau tua, mengandung, menyusu dan orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh, dan kalimah{ فدية } ialah memberi makan makanan(secupak makanan asasi) kepada orang-orang miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan puasa. 1hari = seorang.

Hikmah berpuasa:

1. Mendidik jiwa supaya takut kepada Allah s.w.t samaada dalam keadaan sunyi dan sebaliknya.

2. Mematah dan mengurangkan penguasaan nafsu keatas diri kita seterusnya menjadikan diri kita dalam keadaan tenang dan stabil.

3. Supaya kita mengingati dan dapat merasai bagaimanakah mereka yang dalam keadaan kelaparan.

4. Untuk mencapai persamaan antara golongan kaya dengan miskin, golongan yang berkedudukan dengan bawahan dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.

5. Begitu juga untuk menjaga pertuturan dan pandangan kita daripada benda-benda yang melalaikan kita dan menyebabkan puasa kita itu hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja.

PERBAHASAN HUKUM:

Dalam ayat ini, kita akan dapati perbahasan hukum orang yang dalam keadaan sakit sebagai contohnya ia berkata esok aku tidak mahu berpuasa, pada keesokan harinya dia makan, hukumnya adalah harus kerana sakit itu [قائم موجودا] sudah sedia ada. Tetapi berbeza dengan orang yang hendak bermusafir keesokan harinya, tiba sahaja keesokan paginya dia makan sebelum bertolak, hukumnya adalah tidak dibolehkan kerana musafir itu tidak berlaku lagi [غير قائما].

Insya'allah perbahasan hukum yang selanjutnya saya akan bincangkan pada keluaran yang akan datang.

pukul 12.07mlm 05/07/08

akhir said, rumah Ehsan

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 13.40  
0 Comments:
Posting Komentar
<< Home
 
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com