|
Genggaman Bara Mula Dirasai Bahangnya!! |
Rabu, 30 April 2008 |
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم اما بعد, Bahang panas kian dirasai, peperiksaan yang dinanti-nantikan hampir menjelma. Rata-rata mahasiswa al-Azhar hari ini sibuk mengulang kaji mata pelajaran, berbincang, menghafal dan sentiasa bersama kitab bagaikan mereka tidak mengenal erti apa itu buang masa, lepak, borak-borak kosong dan sebagainya. Apa yang menarik di sini, ada juga yang tidak sempat makan, pulang ke rumah, tidak cukup tidur dan sewaktu dengannya, semata-mata mengejar impian mumtaz. Oooh…memang menarik. Tapi tidak ketinggalan juga sebahagian dari teman-teman kita hari ini, asyik dengan bolanya, tidurnya, berjalan ke sana -sini, chating,wayang dan mungkin bersahaja seolah-olah peperiksaan tidak memberi kesan sedikit pun
Sesi pengajian 2007/08 sudah pun tamat, muhadorah-muhadorah bersama dengan doktor pun dah berakhir, muqarra pun dah dapat,hah! apa lagi yang ditunggu?, baca la.. gelagat mahasiswa-mahasiswa di kuliah sudah tidak kenampakan. Cuti dua minggu sebelum peperiksaan ini, mudah-mudahan menjadi medan persiapan masing-masing. Mewujudkan suasana yang cemerlang ini bukannya perkara yang mudah, di mana dapat kita perhatikan hari ini, suasana yang amat berbeza dengan sebelumnya, solat berjemaahnya, qiamullailnya, masjid dipenuhi dan sebagainya. Kalaulah kita dapat mengekalkan suasana ini, ana yakin harapan persatuan kita (DPMT & PMRAM) yang kita dokongi ini, menjadi satu kenyataan dalam melahirkan insan yang cemerlang rohani dan jasmani khususnya dari segi akademik dan agama.
Kepada mahasiswa tahun empat, mungkin sesi ini peluang dan kesempatan di bawah bumbung Universiti al-Azhar merupakan yang terakhir, atau sebaliknya wallahua'lam. Bertapa ruginya bagi mereka yang tidak menggunakan peluang sebelum ini dengan baik, tidak mengenali doktor yang mengajar, tidak menghadirikan diri ke kuliah dan sebagainya. Tetapi benda yang sudah lepas, biarlah dijadikan pengajaran dan muhasabah bersama, apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah, ana menyeru diri dan sahabat-sahabat semua, masa berbaki lagi lebih kurang seminggu, pergilah berjumpa doktor dan apa yang selalu ana amalkan ketika berjumpa doktor tiga perkara: pertama minta nasihat, kedua minta restu dan yang ketiga minta doktor doakan kepada kita
TIP MOTIVASI
Apa yang ana kongsikan bersama teman-teman hari ini ialah, keikhlasan dan ketekunan.Dua faktor ini amat penting kepada kita semua, kerana keikhlasan atau kejernihan niat hati itu akan menjadi pendorong untuk menghadapi kesukaran yang mendatang dalam menimba ilmu Allah s.w.t di bumi anbia' ini. Suka ana ungkapkan kalam daripada sahabat kita(pelajar cemerlang)"Dia faham bahawa tugasnya sebagai hamba Allah s.w.t hanya berusaha dan beramal untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t. Kejayaan dan kegagalan bukan pengukur kepada kejayaan hakiki di sisi Tuhannya"
Faktor kedua ialah itqan atau ketekunan, pernah diriwayatkan bahawa Ibnu Hisyam Al-Ansori (seorang tokoh nahu Arab muktabar) pada peringkat awal pengajiannya adalah seorang yang sukar menghafal, sehingga pada satu ketika beliau hampir kecewa. Tiba-tiba beliau terlihat seekor semut sedang memanjat dinding bilik ketika beliau sedang belajar. Semut itu memanjat sambil membawa makanan menuju ke sarangnya. Oleh kerana dinding itu licin, semut itu terjatuh kemudian ia cuba lagi, jatuh lagi, begitulah sampai beratus kali semut itu berusaha dengan berbagai cara sehingga akhir sekali ia berjaya. Ibnu Hisyam yang sedang memerhati gelagat semut tadi berfikir, kalau semut sekecil ini boleh berusaha sehingga berkali-kali, apakah aku tidak boleh lakukan sepertinya. Dari itu, beliau dengan hati ikhlas melipat gandakan kesungguhan dan ketekunannya sehingga beliau berjaya dan menjadi salah seorang pakar nahu dan ulama' terbilang.rujukan buku motivasi kpkm1998/99,ms/14.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
Pesanan doktor, jangan lupa tulis di kertas jawapan……
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم اما بعد رقم السؤال خاتم الاجابة) وصلى الله على سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم)
Akhir Said, 31/04/08, 6.34 ptg. |
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 08.41 |
|
|
|
Panji Islam |
|
About Me |
Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4,
Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Links |
Ulama' Kontemporari
Laman Berita
|
Powered by |
|
|