Sebagai seorang Islam, hidup di negara yang majoriti rakyat dan pemimpinnya beragama Islam sekali-kali tidak boleh menerima kebiadapan pihak tertentu yang didalangi pihak.....? Kita selaku mahasiswa perlu bangkit untuk membantah dan menyuarakan ke tidakpuashatian kita tentang kedurjanaan pihak yang bersekongkol dalam menjayakan apa yang disifatkan filem terbaru'Dunia Baru The Movie' yang dilihat secara jelas telah menghina Islam apabila terdapat satu adengan yang mempersendakan lagu nasyid ' Sepohon Kayu'.sumber tranungkite
Yang mana kita tahu nasyid ini amat popular di setiap peringkat lapisan masyarakat kita, bahkan boleh mendatangkan keinsafan kepada pendengar. Malangnya pada hari ini, ia dijadikan bahan penghinaan yang menampilkan penyanyi wanita tidak menutup aurat, memakai seksi pula, berjoget-joget terkinja-kinja macam monyet, bergelak ketawa dan macam-macam lagi.
Saya secara peribadi, demi Tuhan ka'bah tidak redho agama Islam diperkotak-katikkan oleh tangan-tangan musuh Islam bertopengkan Islam. Golongan ini sewajarnya diberi pengajaran dan balasan yang setimpal, bukan itu saja, bahkan perlu dihapuskan kewujudan golongan ini di bumi malaysia.
Apa yang mendukacitakan lagi, baru sahaja kita mendengar kritikan dan bantahan pihak tertentu bagaikan singa mengganas ketika mana Belanda menayangkan filem 'Fitna' malangnya itu hanya momokan yang bersifat sementara. Yang menjadi tanda tanya disini ialah, mengapa tindakan sedemikian tidak dilakukan kepada penerbitan filem di negara kita?? Walhal, filem 'Fitna' hanya dapat disaksikan di Youtube sahaja. Tambahan pula, filem tersebut hanyalah selama 15 minit kalaulah nak dibandingkan dengan 'Gubra' dan 'Dunia Baru The Movie' yang memakan masa hampir dua jam lamanya. Inikah yang nak dikatakan membela Islam?.. jauh panggang dari api.....
Dimanakah slogan Islam.......,janji-janji dan kata-kata manis yang dilaung-laungkan selama ini, apakah hasilnya yang kita saksi pada hari ini. Golongan agamawan ditangkap dan dipenjara pada masa yang sama golongan yang menghentam dan menghina Islam diberi anugerah dan penghargaan. Inikah yang dikatakan Islam atau sebaliknya..
ooooo...dimana sudah menghilangnya kemelayuan kita !!!
Ini sedikit sedutan kalam daripada bekas presiden PMRAM
hairul ggahgad: saya Hairul Nizam sangat BERBANGGA dengan filem COMOLOT yang berjaya dihasilkan bagi menanam rasa tidak bersalah masyarakat Melayu Islam terhadap GAY. Saya berharap usaha ASWARA dalam menerbitkan filem2 gay akan semakin meTIDAKMENGAPA kan tindakan gay dalam kaca mata masyarakat akan terus meningkat. TERUSKAN yer dan kalian yang menjayakan filem CUKUP BERMORAL ini akan dipersoalkan di hadapan mahkamah Allah di Mahsyar kelak..Sila bersedia dengan jawapan yang bernas untuk kalian kemukakan di hadapan ALLAH...teruskanlah ya kalau kalian mengangka murka ALLAH itu adalah umpama murka si nyamuk yang tiada ertinya... Yer,,,berahi memang tidak meiliki sempadan CUMA azab ALLAH juga tiada sempadan...Teruskan untuk mengGAYkan masyarakat Melayu...Anda hebat..
|