Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
PERSEDIAAN & CABARAN NUQABA' DALAM MENGHARUNGI KONSEP SEBENAR USRAH
Rabu, 15 Oktober 2008
بسم الله الرحمن الرحيم

PENDAHULUAN

Dalam merealisasikan sesuatu tugas dakwah dan perjuangan Islam yang berat ini, semestinya kita berhajat kepada satu golongan atau kelompok tenaga manusia dalam menjayakannya. Cabaran ke atas perjuangan Islam adalah suatu yang tidak asing lagi kepada para pendokong gerakan Islam. Ada cabaran yang menyebabkan perjuangan Islam lemah dan lumpuh, tetapi ada juga cabaran yang menghasilkan kekuatan baru kepada Jamaah atau Persatuan Islam. Sesebuah persatuan perlu mengambil berat tentang beberapa persoalan ini: Bagaimanakah ahli dapat dipimpin ke arah perjuangan untuk memantapkan persatuan ? Bagaimanakah ahli-ahli dapat ditarbiyah rohani, jasmani dan thaqafah mereka. ? .Seterusnya persatuan akan menghadapi kesukaran-kesukaran untuk menyerahkan mandat-mandat penting dalam mengendalikan tugas-tugas persatuan.

Semua persoalan dan kesukaran itu tidak akan terjawab selama mana tidak adanya di dalam saf persatuan suatu barisan tenaga nuqaba’ yang mempunyai kelayakan dan persediaan yang cukup.’

Untuk tujuan tersebut, bersempena dengan Program Pemantapan Nuqaba' peringkat Dewan Perwakilan Tanta (DPMT) sesi 08/09, insya' Allah perbahasan ini dirangka dan disusun sebagai garis panduan dan bahan pemikiran ke arah melahirkan barisan tenaga kerja (naqib) yang mantap yang dapat meneguhkan persatuan, seterusnya membawa persatuan ke medan perjuangan yang sebenar. Dengan usaha yang kerdil ini saya mengharapkan redho daripada Allah s.w.t demi memperjuangkan Islam.

PENGERTIAN NUQABA'

Pengertian nuqaba’ berasal dari kata asal نقب على القوم- نقابة maknanya صار نقيبا عليهم، اى قام شخص برعاية شئونهم ertinya : seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat. المعجم الوسيط 1 943

Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiah, takwin, pengambilan bai'ah, pengaliran qiadah, membuat keputusan (qarar). *Said Hawa, Al Madkhal Ila Al- Muslimin: m/s 95-96
A
CIRI-CIRI ASAS NUQABA’ DAN NQIBAT [1] Kertas Kerja: KE ARAH PEMBENTUKAN NUQABA’ YANG BERJAYA

Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri asas para Nuqaba’ ialah : Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat bagi menjamin suatu pengendalian usrah yang sempurna dan berkesan, seterusnnya menjayakan peranan mereka sebagai Nuqaba’ di luar usrah.

PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :
Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah Ta’ala.

KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu’alim :
Naqib adalah seorang mu’alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.
Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba’ dan Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jamaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim…………

KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :
Naqib /. Naqibah adalah seorang bapa / ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.
Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba’ dan Naqibat. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bertolak dari rasa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah :
Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim / al-ukht al-Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati.
Apabila kita meneliti keempat-empat ciri asas di atas, kita dapati bahawa hubungan antara Naqib dengan ahli usrah seluruhnya ditegakkan di atas rukun-rukun usrah berikut : al-Ta’aruf, al-Tafahum dan al-Takaful. Para Naqib dan ahli usrahnya yang tidak menghayati ketiga-tiga rukun ini secara mendalam tidak dapat menjayakan keempat-empat ciri-ciri asas di atas, begitulah sebaliknya.

PERSEDIAAN AWAL

Sebagaimana kita tahu tugas dan tanggungjawab nuqaba' bukannya perkara yang mudah dan ianya tidak boleh dipandang remeh. Sebelum kita memandu atau mengendalikan mana-mana usrah, beberapa persediaan yang lengkap perlu dibuat untuk memastikan perjalanan usrah dan konsep dakwah itu tidak terkandas di pertengahan jalan. Persedian ini sama sahaja apabila kita keluar menghadapi lautan manusia di dalam menyampaikan risalah Islam ini. Oleh kerana tugas dakwah (nuqaba') ini adalah satu amanah dari Allah s.w.t, maka perkara-perkara yang akan disampaikan kepada ahli usrah khasnya dan masyarakat amnya mestilah berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat. Untuk itu saya akan menggariskan beberapa persedian yang perlu dilakukan oleh nuqaba’:

1.0) Persediaan Khusus
2.0) Pesediaan Am

1.0 PERSEDIAAN KHUSUS

Untuk menjayakan sesebuah pembawakan usrah yang berjaya, pertamanya naqib mistilah menguasai Manhaj atau Sukatan mengikut peringkat. Kalaulah naqib membawa usrah Liqa' Fikri semestinya dia memahami isi yang terkandung dalam manhaj tersebut. Begitu juga usrah Muzakarah Berkelompok dan Perubatan. Ini kerana kelemahan dalam memahami manhaj akan membawa kepada kelesuan, ketidakaktifan, muram dan yang amat malang sekali ialah tidak akan sampai matlamat. Untuk itu naqib mestilah membuat persiapan awal sebelum memulakan usrah serta mengikuti kursus pemantapan nuqaba'.

Persediaan kedua ialah, naqib perlulah menguasai dan mengetahui objektif usrah. Kejahilan dan lalai dalam memahami objektif usrah akan membawa padah. Hasil daripada itu, usrah yang berjalan tanpa berobjektif akan memusutkan pemikiran ahli-ahli usrah dan gagal dalam membentuk kesatuan fikrah di kalangan anggota.

Persediaan ketiga, menguasai teknik penyampaian yang berkesan dan kaedah untuk menarik perhatian ialah:

a) Selain membuka majlis dan muqaddimah
b) Berjenaka
c) Menyatakan sesuatu yang memerangjatkan
d) Menanyakan persoalan
e)Memberikan contoh atau cerita-cerita yang berkaitan dengan topic perbincangan.
f) Merujuk kepada fakta sejarah dll.

bersambung.........
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 23.58  
1 Comments:
Posting Komentar
<< Home
 
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com