Perintis Andalusia Era Globalisasi

http://tokselehor.blogspot.com/

 
تقويم الهجرية
Masa Itu Kehidupan

مصرى

ماليزيا

جامعة الازهر الشريف


Senyum Itu Sedekah

Image Hosted by ImageShack.us
Waktu Solat

Kunjungan Hormat
Feedjit Live Blog Stats BKPJM TOP BLOGAzharian's Topsite
Komentar

Free chat widget @ ShoutMix
Genggaman Bara Mula Dirasai Bahangnya!!
Rabu, 30 April 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم

اما بعد,

Bahang panas kian dirasai, peperiksaan yang dinanti-nantikan hampir menjelma. Rata-rata mahasiswa al-Azhar hari ini sibuk mengulang kaji mata pelajaran, berbincang, menghafal dan sentiasa bersama kitab bagaikan mereka tidak mengenal erti apa itu buang masa, lepak, borak-borak kosong dan sebagainya. Apa yang menarik di sini, ada juga yang tidak sempat makan, pulang ke rumah, tidak cukup tidur dan sewaktu dengannya, semata-mata mengejar impian mumtaz. Oooh…memang menarik. Tapi tidak ketinggalan juga sebahagian dari teman-teman kita hari ini, asyik dengan bolanya, tidurnya, berjalan ke sana -sini, chating,wayang dan mungkin bersahaja seolah-olah peperiksaan tidak memberi kesan sedikit pun

Sesi pengajian 2007/08 sudah pun tamat, muhadorah-muhadorah bersama dengan doktor pun dah berakhir, muqarra pun dah dapat,hah! apa lagi yang ditunggu?, baca la.. gelagat mahasiswa-mahasiswa di kuliah sudah tidak kenampakan. Cuti dua minggu sebelum peperiksaan ini, mudah-mudahan menjadi medan persiapan masing-masing. Mewujudkan suasana yang cemerlang ini bukannya perkara yang mudah, di mana dapat kita perhatikan hari ini, suasana yang amat berbeza dengan sebelumnya, solat berjemaahnya, qiamullailnya, masjid dipenuhi dan sebagainya. Kalaulah kita dapat mengekalkan suasana ini, ana yakin harapan persatuan kita (DPMT & PMRAM) yang kita dokongi ini, menjadi satu kenyataan dalam melahirkan insan yang cemerlang rohani dan jasmani khususnya dari segi akademik dan agama.


Kepada mahasiswa tahun empat, mungkin sesi ini peluang dan kesempatan di bawah bumbung Universiti al-Azhar merupakan yang terakhir, atau sebaliknya wallahua'lam. Bertapa ruginya bagi mereka yang tidak menggunakan peluang sebelum ini dengan baik, tidak mengenali doktor yang mengajar, tidak menghadirikan diri ke kuliah dan sebagainya. Tetapi benda yang sudah lepas, biarlah dijadikan pengajaran dan muhasabah bersama, apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah, ana menyeru diri dan sahabat-sahabat semua, masa berbaki lagi lebih kurang seminggu, pergilah berjumpa doktor dan apa yang selalu ana amalkan ketika berjumpa doktor tiga perkara: pertama minta nasihat, kedua minta restu dan yang ketiga minta doktor doakan kepada kita

TIP MOTIVASI

Apa yang ana kongsikan bersama teman-teman hari ini ialah, keikhlasan dan ketekunan.Dua faktor ini amat penting kepada kita semua, kerana keikhlasan atau kejernihan niat hati itu akan menjadi pendorong untuk menghadapi kesukaran yang mendatang dalam menimba ilmu Allah s.w.t di bumi anbia' ini. Suka ana ungkapkan kalam daripada sahabat kita(pelajar cemerlang)"Dia faham bahawa tugasnya sebagai hamba Allah s.w.t hanya berusaha dan beramal untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t. Kejayaan dan kegagalan bukan pengukur kepada kejayaan hakiki di sisi Tuhannya"

Faktor kedua ialah itqan atau ketekunan, pernah diriwayatkan bahawa Ibnu Hisyam Al-Ansori (seorang tokoh nahu Arab muktabar) pada peringkat awal pengajiannya adalah seorang yang sukar menghafal, sehingga pada satu ketika beliau hampir kecewa. Tiba-tiba beliau terlihat seekor semut sedang memanjat dinding bilik ketika beliau sedang belajar. Semut itu memanjat sambil membawa makanan menuju ke sarangnya. Oleh kerana dinding itu licin, semut itu terjatuh kemudian ia cuba lagi, jatuh lagi, begitulah sampai beratus kali semut itu berusaha dengan berbagai cara sehingga akhir sekali ia berjaya. Ibnu Hisyam yang sedang memerhati gelagat semut tadi berfikir, kalau semut sekecil ini boleh berusaha sehingga berkali-kali, apakah aku tidak boleh lakukan sepertinya. Dari itu, beliau dengan hati ikhlas melipat gandakan kesungguhan dan ketekunannya sehingga beliau berjaya dan menjadi salah seorang pakar nahu dan ulama' terbilang.rujukan buku motivasi kpkm1998/99,ms/14.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Pesanan doktor, jangan lupa tulis di kertas jawapan……

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم اما بعد
رقم السؤال
خاتم الاجابة) وصلى الله على سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم)

Akhir Said, 31/04/08,
6.34 ptg.

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 08.41   0 comments
Menyambut Syammun Nasim? Antara Bid'ah Dan Khurafat!!
Rabu, 23 April 2008
بسم الله الرحمن الرحيم
شم النسيم ليس عيدنا
الحمد الله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Antara nikmat Allah s.w.t yang paling besar sekali kepada kita semua ialah nikmat Islam. Islam merupakan agama yang sempurna dan diiktiraf oleh Allah s.w.t kepada penduduk bumi ini(manusia dan jin) dijadikan sebagai anutan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

3. Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu

Sedikit pengenalan:

: شم يشم: شما وشميما وشميمى (1)- الشيء :منجيوم , مغهيدو (2)- النسيم
ماكن اغين , برسيار
Agama yang sempurna ini tidak sekali-kali perlu kepada tokok-tambah dan pengurangan. Keagungan Islam tidak disandarkan kepada mana-mana agama lain. Ini boleh dibuktikan melalui sabdanya :
نهى النبى صلى الله عليه وسلم عن التشبه بأهل الملل الأخرى حتى قالت اليهودى :(ان محمدا يريد أن لا يدع من أمرنا شيأ الا خالفنا فيه)..وقال صلى الله عليه وسلم (خالفوا المشركين)..وقال صلى الله عليه وسلم (لتتبعن سنن من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا جحر ضب لد خلتموه وراءهم. قلنا يا رسول الله اليهودى والنصارى ؟ قال فمن ؟).

Di dalam menyambut mana-mana perayaan dan keraian kerana kegembiraan dan sebagainya, kita tidak terlepas daripada batas-batas syarak yang ditetapkan oleh Islam. Ini dapat dibuktikan ketika Nabi Muhammad s.a.w memasuki Kota Madinah, nabi dapati mereka menyambut dua hari perayaan. Lalu Nabi bersabda :
(ان الله أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الاضحى ويوم الفطرى) وقال أيضا ( ان لكل قوم عيدا) Di sini menjadi persoalan kepada kita, adakah Allah s.w.t dan Rasullallah s.a.w membenarkan kita menyambut perayaan seperti Syammu Nasim( شم النسيم) atau perayaan menyambut musim bunga (عيد الربيع) dan sebagainya.
Kita perlu mengetahui bahawa Hari ((يوم شم النشيم mempunyai hubungan dan kaitan dengan agama-agama lain seperti mana berikut :

Syammu Nasim ( شم النسيم) merupakan salah satu perayaan Mesir Purba dan dikenali juga perayaan Musim Bunga, perayaan Kebangkitan Kehidupan dan perayaan Permulaan Zaman (kewujudan alam). Oleh kerana itu, mereka berpegang dan percaya bahawa perayaan yang disambut pada hari ini diumpamakan permulaan kejadian. Dakwaan mereka juga ialah salah satu Tuhan mereka yang bernama Ra' (رع) berlegar-legar di langit Mesir dengan menaiki pesawat (سفينته المقدسة) sehingga mendarat di atas Ahram yang paling besar di Giza untuk membangkitkan kehidupan kepada seluruh makhluk dan memberitahu kematian Tuhan yang bernama Sith(ست) tentang keburukan di sisi mereka.
Antara upacara keagamaan mereka juga pada hari ini, 'makan telur' mereka percaya dunia ini bentuknya menyerupai telur besar yang terbahagi kepada dua bahagian, langit di bahagian atas dan bumi di bahagian bawah. Ini dapat disangkal berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
51. Aku tidak menghadirkan mereka (iblis dan anak cucunya) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka sendiri; dan tidaklah Aku mengambil orang-orang yang menyesatkan itu sebagai penolong.(surah Al-Maidah :51)

Berdasarkan kepercayaan inilah kita dapat saksikan pada hari ini, mereka menghiasi telur tersebut dengan berwarna-warni. Kemudian diletakkan di atas bakul bertangkai tanda memuliakan bagi mendapat keberkatan cahaya Tuhan (keamanan) ketika terbenamnya matahari.!!!!
Antara kesan upacara keagamaan mereka yang dapat disaksikan pada hari ini ialah "makan bawang". Perbuatan tersebut ada kaitan dengan cerita dongeng atau mitos, pada suatu ketika seorang anak raja pada zaman itu ditimpa penyakit. Setelah itu bomoh yang mengubati anak raja tersebut meletakkan bunga-bunga bawang di bawah kepala mangsa dan memerintahkan mereka supaya menggantungkan bawang di pintu-pintu istana dan rumah-rumah untuk menghalau ruh-ruh jahat. Rentetan dari kepercayaan itulah, mereka menjadikannya sebagai satu upacara keagamaan.
Pada hari ini mereka memakan ikan yang diawet di tempat lapang sebagai satu kepercayaan yang melambangkan (ikan yang diawet) tersebut sebagai Tuhan mereka (حعبى) . Ikan yang dimaksudkan itu terdapat di dalam Sungai Nil dan dijadikan ikan tersebut sebagai satu penyembahan atau pemujaan bukannya Allah s.w.t. Mereka menangkap spesis ikan ini dan diawet serta dijadikan makanan ketika perayaan tersebut.
Perayaan ( شم النسيم) ini merebak daripada kepercayaan golongan atasan Raja-raja Mesir (الفراعنة) kepada Bani Israel. Mereka menjadikan perayaan ini sebagai perayaan bersama. Ketika mana mereka keluar dari Negara Mesir, mereka bersepakat akan keluar pada hari perayaan tersebut dan dikenali sebagai Yaumul Fasih- (يوم الفصيح) perkataan Yahudi- iaitu keluar atau menyeberangi. Mereka menjadikan hari tersebut sebagai permulaan tahun Yahudi sebagai sambutan mengenang kejayaan dan permulaan hidup yang baru.
Kemudian perayaan (عيد الفصيح) ini merebak kepada golongan Nasrani dan mereka menjadikannya bertepatan dengan apa yang didakwa sebagai hari kebangkitan Masih (المسيح) yang disalib pada hari Jumaat mengikut kepercayaan mereka. Kemudian kelihatan cahaya pada hari Sabtu yang dikenali sebagai -سبت النور- dan mereka bangkit pada hari Ahad, setelah itu pada hari Isnin mereka berbuka daripada puasa setelah beberapa hari tidak makan beberapa jenis makanan yang diharamkan ke atas mereka seperti ikan yang diawet, telur dan sebagainya.

Hukum Menyambut Perayaan Yaumun Nasim…..

1. Adakah kamu setuju (redho) untuk bersekongkol dengan Orientalis dalam menyambut perayaan yang diada-adakan dan dipuja dengan apa yang disembah oleh mereka selain Allah s.w.t.
2. Adakah kamu bersetuju (redho) untuk menyambut dan menyokong dengan apa yang mereka jadikan lambang salib( Agama Kristian). Ini merupakan pendustaan yang jelas terhadap al-Quran sebagaimana firmannya : وما قتلوه وماصلبوه ولكن شبه لهم.Sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki bagi orang Islam menjadi Imam yang memimpin bukannya yang dipimpin sebagaimana sesetengah daripada umat Islam yang ingkar perintah Allah s.w.t. Pada masa yang sama mereka mengikut golongan yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah s.w.t yang terdiri dari golongan Yahudi dan Nasrani. Oleh kerana itulah mereka merasa bangga kerana dapat mengaburi mata umat Islam.
3. Maka, apakah kamu juga turut sama dalam menyambut perayaan ini??
· Jawapannya ialah, tidak boleh menyertai perayaan tersebut, tidak boleh keluar untuk memberi sokongan kerana pada hari yang mendatang kita akan berhadapan lebih-lebih lagi dengan perayaan agama kita iaitu Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha. Kenapakah kita sibuk dengan benda-benda sebegini.
· Tidak boleh makan makanan yang mereka puja tanda bantahan kita terhadap perayaan tersebut. Kalau nak makan terserah lah, tetapi mestilah ingat, mesti jauh daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.
· Kalau boleh cuba kita buat sesuatu perkara yang menyalahi amalan bid'ah mereka pada hari tersebut. Kalau tak mampu juga katakanlah kepada anak-anak atau sahabat-sahabat kita bahawa ليس يومنا وليس عيدنا ketika perayaan tersebut.
· Tidak boleh kita ucapkan tahniah kepada sahabat kita sempena perayaan tersebut.Sekiranya di sana ada mengikuti, maka hendaklah kita nasihatkan dan ajarkan dia. Sebagaimana kalam ulama' ) (أما التهنيئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق
(.فمن هنأ عبدا بمعصية أو بدعة أو كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه

والله نسال ان يرد الامة الى دينها ردا جميلا وان يعلمنا ما جهلنا وان يجعلنا معظمين لشعائر الله

اعداد:
القسم العلمى بدارالوطن
Terjemahan oleh:
http//tokselehor
.blogspot.com
pukul 02.52 pg. 24/04/2008 Akhri Said.Tanta
©Sebarang permasalahan boleh merujuk terus pada http//tokselehor.blogspot.com
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 18.29   0 comments
Apa Dah Nak Jadi Dengan Filem Melayu!!!
Senin, 21 April 2008



Sebagai seorang Islam, hidup di negara yang majoriti rakyat dan pemimpinnya beragama Islam sekali-kali tidak boleh menerima kebiadapan pihak tertentu yang didalangi pihak.....? Kita selaku mahasiswa perlu bangkit untuk membantah dan menyuarakan ke tidakpuashatian kita tentang kedurjanaan pihak yang bersekongkol dalam menjayakan apa yang disifatkan filem terbaru'Dunia Baru The Movie' yang dilihat secara jelas telah menghina Islam apabila terdapat satu adengan yang mempersendakan lagu nasyid ' Sepohon Kayu'.sumber tranungkite

Yang mana kita tahu nasyid ini amat popular di setiap peringkat lapisan masyarakat kita, bahkan boleh mendatangkan keinsafan kepada pendengar
. Malangnya pada hari ini, ia dijadikan bahan penghinaan yang menampilkan penyanyi wanita tidak menutup aurat, memakai seksi pula, berjoget-joget terkinja-kinja macam monyet, bergelak ketawa dan macam-macam lagi.

Saya secara peribadi, demi Tuhan ka'bah tidak redho agama Islam diperkotak-katikkan oleh tangan-tangan musuh Islam bertopengkan Islam. Golongan ini sewajarnya diberi pengajaran dan balasan yang setimpal, bukan itu saja, bahkan perlu dihapuskan kewujudan golongan ini di bumi malaysia.

Apa yang mendukacitakan lagi, baru sahaja kita mendengar kritikan dan bantahan pihak tertentu bagaikan singa mengganas ketika mana Belanda menayangkan filem 'Fitna' malangnya itu hanya momokan yang bersifat sementara. Yang menjadi tanda tanya disini ialah, mengapa tindakan sedemikian tidak dilakukan kepada penerbitan filem di negara kita?? Walhal, filem 'Fitna' hanya dapat disaksikan di Youtube sahaja. Tambahan pula, filem tersebut hanyalah selama 15 minit kalaulah nak dibandingkan dengan 'Gubra' dan 'Dunia Baru The Movie' yang memakan masa hampir dua jam lamanya. Inikah yang nak dikatakan membela Islam?.. jauh panggang dari api.....

Dimanakah slogan Islam.......,janji-janji dan kata-kata manis yang dilaung-laungkan selama ini, apakah hasilnya yang kita saksi pada hari ini. Golongan agamawan ditangkap dan dipenjara pada masa yang sama golongan yang menghentam dan menghina Islam diberi anugerah dan penghargaan. Inikah yang dikatakan Islam atau sebaliknya..

ooooo...dimana sudah menghilangnya kemelayuan kita !!!

Ini sedikit sedutan kalam daripada bekas presiden PMRAM

hairul ggahgad: saya Hairul Nizam sangat BERBANGGA dengan filem COMOLOT yang berjaya dihasilkan bagi menanam rasa tidak bersalah masyarakat Melayu Islam terhadap GAY. Saya berharap usaha ASWARA dalam menerbitkan filem2 gay akan semakin meTIDAKMENGAPA kan tindakan gay dalam kaca mata masyarakat akan terus meningkat. TERUSKAN yer dan kalian yang menjayakan filem CUKUP BERMORAL ini akan dipersoalkan di hadapan mahkamah Allah di Mahsyar kelak..Sila bersedia dengan jawapan yang bernas untuk kalian kemukakan di hadapan ALLAH...teruskanlah ya kalau kalian mengangka murka ALLAH itu adalah umpama murka si nyamuk yang tiada ertinya... Yer,,,berahi memang tidak meiliki sempadan CUMA azab ALLAH juga tiada sempadan...Teruskan untuk mengGAYkan masyarakat Melayu...Anda hebat..
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 14.15   0 comments
أيها الولد المحب
Siri Terjamahan Kitab siri pertama

Alhamdulillah, kitab ini ana pelajari dengan Ust Fuad(Darul Ifta') semasa kelas tafaqquh yang didiskusi di Bait Izzah sesi 2005/2006. Jadi sekadar untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat .......
  • Kitab ini dikarang oleh الامام حجة الاسلام أبي حامد الغزالي رحمه الله تعالى

بسم الله الرحمن الرحيم
النصيحة تكتب من شرع الله تعالى

Ketahuilah wahai anakku yang tercinta lagi mulia, semoga Allah swt panjangkan umur engkau untuk mentaatinya, dan semoga Allah swt memudahkan untuk mengikuti jalan kekasihnya. Sesungguhnya apa sahaja nasihat adalah berasal daripada sumber kenabian (Muhammad saw). Oleh kerana itu apabila apabila kamu mendengar apa-apa nasihat daripada sumber ini, maka apa perlunya nasihat aku kepada engkau. Sekiranya nasihat tersebut (yang bersumber daripada nabi) tidak sampai kepada engkau, maka katakan kepada aku apa yang engkau pelajari selama ini.

علامة اعراض الله تعالى عن العبد
tanda-tanda Allah swt berpaling daripada hambanya

Wahai anakku tercinta,

Sebahagian apa yang telah dinasihatkan oleh Rasulullah saw kepada umatnya ialah sebagaimana mafhum daripada hadis tersebut ( boleh dikira Allah swt berpaling daripada hambanya ialah ketika ia melakukan apa-apa yang tidak berfaedah, dan sekiranya terdapat satu saat sahaja daripada umurnya digunakan pada perkara yang tidak selayaknya dia lakukan( beribadat kepada Allah swt) pasti berpanjanganlah penyelesalannya nanti, dan bagi sesiapa yang menjangkau umurnya lebih dari 40 tahun, sedangkan amalan baik masih kurang daripada amalan kejahatan maka hendaklah bersiap sedia untuk ke neraka) rawa at-tabarani. Nasihat ini sudah memadai bagi mereka yang berilmu. bersambung............
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 12.06   0 comments
Minggu, 20 April 2008
Ziarah Makam Satu Penjelasan

Alhamdulillah bersyukur kepada Rabbuljalil, kerana tercapai juga hajat untuk menziarahi Maqam Auliya'illah sebagai tabarruk dan mengigati kematian. Inilah rasanya peluang yang Allah swt bagi sebelum persiapan peperiksaan fasal ke-ll, mudah-mudahan dengan berkat hasil usaha kita lakukan akan dipandang oleh yang Maha Pencipta ini. Dikesempatan ini juga ana ucapkan jazakumullahukhira kepada mereka yang telibat secara langsung sesi jaulah kali ini terutamanya DPM Tanta yang kami dokongi dan cintakan bersama.

Jaulah kali ini menunjukkan sekali lagi gelombang sokongan ahli kepada DPMT sebagai satu persatuan yang menjaga kebajikan dan shaqofah ahli di bumi Tanta. Ini merupakan keperihatinan pihak persatuan kepada kita semua.

Tapi apa yang ana bincang disini ialah apakah hukum ziarah makam ni, sebab biasala kita dengar suara-suara yang mengatakan ini bidah, haram dan sebagainya. Jadi rasa terpanggil untuk menjawab persoalan sebegini..........bersambung.............

posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 23.24   0 comments
Panjat kesyukuran kepada Rabbuljalill

Assalamualaikum, alhamdululillah akhirnya berjaya juga hajat di hati untuk memiliki sebuah blog peribadi. Tujuannya ialah sebagai medan dakwah di peringkat era globalisasi dan pelengkap kepada seorang pendakwah.

Hasil kerja pertama berjaya disiapkan pada pagi isnin 21/04/08 di Tanta Scan dibantu oleh Ust Naimku Ahmah, tidak lupa juga kepada ahli bait Ust Nasaruddin di atas tunjuk ajar beliau. Insya' Allah ana akan jadikan blog ini sebagai medan percambahan ilmu kearah kemantangan seorang pendakwah dan ia juga sebagai Perintis Andalusia Era Globalisasi.

Untuk memenuhi hasrat ini, ana memohon kritikan dan tunjuk ajar daripada sahabat seperjuangan demi kebaikan Islam.
posted by Mohd Hushaimi Hussian @ 23.02   0 comments
Panji Islam
Photobucket - Video and Image Hosting
About Me

Name: Mohd Hushaimi Hussian
Home: Tanta, Garbiyyah, Egypt
About Me: Dilahirkan di Kg. Kok Pasir @ Tok Selehor, Pendidikan :Pasti Tok Selehor, Sek. Keb. Kok. Pasir/Maahad Muhammadi Tumpat/ Sekarang ,Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, Universiti Al-Azhar Tanta, Mesir
See my complete profile
Previous Post
Archives
Links
Powered by

BLOGGER

© 2005 Perintis Andalusia Era Globalisasi Blogspot Template by Isnaini Dot Com